berita

Manis Berlesung Pipit, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Tayang Wajah Anak..Comelnya!

March 5th, 2021 | by Shahira
Lensa Insta

Seperti kita sedia maklum, pelakon cantik jelita, Zahirah Macwilson telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 5 Januari lalu. Sepanjang tempoh tersebut, Zahirah dan suami, Aiman Hakim Ridza langsung tidak mendedahkan wajah bayi lelaki mereka kepada umum.

Artikel Berkaitan: Timang Cahaya Mata Pertama, Zahirah Macwilson Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tetapi pada hari ini iaitu selepas genap dua bulan, pasangan ini akhirnya berkongsi foto wajah anak kesayangan mereka di laman Instagram masing-masing.

Kongsi gambar anak

Selain berkongsi beberapa foto buah hati mereka di Instagram, Zahirah Macwilson dan Aiman turut mendedahkan nama anak lelakinya iaitu Isaac Raees Bin Aiman Hakim. Menerusi kapsyen yang ditulis, pasangan ini juga meluahkan rasa sayang dan cinta terhadap Isaac Raees selain berharap agar anak lelaki mereka itu menjadi insan yang baik dan penyayang. Bukan itu sahaja, mereka juga berharap agar Isaac membesar dengan sihat dan kuat.

Baby kami dan berusia 2 bulan hari ini. Kami sayang Isaac Raees. Semoga awak membesar dengan sihat, kuat dan sentiasa baik. Kami berbangga untuk panggil awak sebagai ‘milik kami’.

Isaac Raees

Foto: Instagram Zahirah Macwilson

Foto: Instagram Zahirah Macwilson

Comelnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isaac Raees (@isaacraees)

So cute

Sumber: Zahirah Macwilson, Isaac Raees

SKIP THIS AD ×