Personaliti media sosial, Ananda Natasha tampil menjelaskan dia tidak pernah mempersoalkan soal nafkah seperti didakwa bekas suaminya, Andika Putera.
Artikel berkaitan: Andika Putera Ugut Nak Sebar Video ‘Bersama’ Bekas Isteri? – ‘Nampak Muka Awak Je, Tak Nampak Saya’
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Semasa Saya Duduk Dengan Mak Mentua Dah Curang, Alisha Nak Masuk Umur Tiga Tahun Pun Masih Lagi Curang’ – Ananda Natasha
Tak pernah petik soal nafkah
Menerusi perkongsian di TikTok, Natasha berkata, dia malah memberitahu Andika tidak pernah culas memberi nafkah kepada anak mereka, Alisha Puteri.
Sejak bila saya cakap nafkah tu tak cukup. Saya siap cakap lagi dalam live yang Dika ni masih lagi bagi nafkah untuk anak dia.
Dalam live tu bersungguh-sungguh aku bagi tahu dekat orang tak pernah langsung saya cakap yang Dika ni tak cukup bagi nafkah.
Sebelum cerai dia memang dah berjanji dia nak bagi pembantu rumah untuk Alisha dan dia nak bagi nafkah Alisha RM1,000, RM1,500 dia nak bayar rumah. Jadi selepas bercerai saya ungkit balik apa yang dia dah janjikan.
Dedah Natasha, dia tidak pernah berkira dengan Andika meskipun harus membayar sewa dan keperluan rumah bersama.
Kalau aku rasa berkira sangat dengan dia semasa berkahwin masa dulu masih bersama tak adanya saya nak sewa rumah pun bayar berdua, elektrik pun bayar berdua padahal dia kaya kan boleh je bayar.
Bil penulen air pun aku nak kena bayar juga. Baju anak pun tak terfikir, aku juga nak kena beli. Ada aku ‘claim’ tanya dekat dia? Tak ada ‘claim’ langsung.
Dalam pada itu, Natasha menyatakan dia hanya memetik soal perbuatan curang bekas suaminya namun bersyukur Andika masih menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.
Kalau saya nak viralkan dia bagi nafkah tak cukup daripada hari tu dah viralkan dia dah. Sekarang ni dia sendiri yang petik pasal nafkah. Kita ni tak pernah petik langsung pasal nafkah.
Kita hanya petik pasal orang ketiga sahaja dan juga bercinta dengan isteri orang lepas itu tiba-tiba dia pergi cakap dekat semua orang pasal nafkah.
Dalam live saya siap cakap lagi bersyukur sebab masih diberikan nafkah dan bersyukru sebab dia masih lagi bertanggungjawab dengan anak dia. Tak ada langsung petik yang saya ni tak cukup nafkah.
Terdahulu, Andika memberi menjelasan panjang lebar berhubung isu tersebut untuk mempertahankan dirinya susulan pendedahan Natasha yang mendakwa dia berlaku curang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
Sumber: TikTok