Diuji dengan kehilangan anak tersayang merupakan satu ujian yang sangat memeritkan. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandung selama 9 bulan pergi dahulu sebelum sempat membesar. Pada awalnya, anak ini mengalami demam panas biasa sehinggalah pada suatu hari dia dimasukkan ke wad kecemasan zon merah.
Ibu bayi ini telah berkongsi kisah sedih yang menimpa anak kesayangannya, Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad Ikhwan di laman Facebooknya, Dalila Yusof. Perkongsian ini telah mendapat perhatian warganet dan rata-rata daripada mereka turut sebak dengan nasib yang menimpa keluarga kecil ini.
‘Tiba-tiba badan adik panas’
Pada pagi Rabu (18 September), anak ibu bangun senyum gelak-gelak macam biasa, makan minum pun macam biasa. Tapi tengahari dalam pukul 12 lebih tiba-tiba ibu rasa macam badan adik panas. So ibu check suhu adik 38.3. Memang adik dah demam time tu.
Jadi ibu Whatsapp babah cakap adik demam nak bawak pergi klinik atau hospital. Since babah tengah further study hari-hari ada kelas isnin hingga jumaat. So babah minta excuse untuk balik halfday.
Ibu try call klinik pakar kanak-kanak dekat Sungai Petani (C.P.Ooi) tapi tak angkat. Then ibu try call Hospital Pantai bahagian Specialist Clinic (Pakar Kanak-Kanak) dan doktor yang biasa Anaqi Tsaqeef jumpa tu ada. So decide untuk pergi dekat hospital pantai.
Anaqi Tsaqeef masih aktif, gelak
Dalam pukul 2.30 petang macamtu ibu babah bawa adik pergi Hospital Pantai. Sampai sana check suhu adik 39.8 darjah celcius sangat tinggi untuk baby 4 bulan lebih (bukan demam panas).
Tapi masih tak admit. Doktor sumbat ubat punggung untuk kurangkan suhu. Doktor pakar kanak-kanak tu check dia kata cuma demam virus. Biasalah baby kan dia kata. Ibu babah dengar rasa lega. Doktor cuma bagi ubat demam then kami balik. Bila balik tu anak ibu macam aktif masih gelak-gelak makan pun banyak.
Ibu babah still monitor suhu dia tapi suhu naik turun. Bila bagi makan ubat suhu turun bila ubat habis suhu naik. Turun pun dalam range 37.5 hingga 39. So adik still demam. Tapi Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik sepanjang dia demam, tak ada setitik air mata yang keluar just merengek perlahan je.
Mungkin adik tak nak bagi ibu babah risau. Start adik demam ibu babah tiap masa jelum badan kepala adik untuk sejukkan badan (orang petua) sampai ke pagi.
Badan dah mula dihydrated
Pada keesokan harinya, sepanjang malam suhu adik masih tinggi juga dan adik ada cirit birit. Ibu ingat kan badan adik panas tak pun tindak balas ubat yang menyebabkan adik cirit birit rupanya tidak. Badan adik dah start dihydrated.
Ibu cuba petua orang cakap mandi dengan lemon, cool fever letak dekat bawah ketiak, belakang leher. Semua ibu cuba. Lepas mandi adik okay tapi bila sejam macam tu panas balik. Jadi, adik minum susu macam biasa tapi kurang sikit, cirit birit still ada.
Ibu cuba nak bagi adik full breastfeeding sepanjang adik demam tapi adik tak mahu sangat sedangkan adik lapar. Tapi bila ibu bagi direct breastfeeding adik still hisap cumanya kejap hisap kejap lepas. Macam dia ada something tak kena. Ibu anggap adik tak mahu kut.
Ibu berjaga sepanjang malam monitor suhu adik dengan jelum badan kepala adik sampaikan kain tak sempat kering ibu jelum adik sebab kesian adik tak larat. Ibu nak bagi adik segar aktif mcm biasa. Ubat still ibu bagi macam biasa 4 hingga 6 jam sekali.
Kena tunggu turn 4 hingga 5 jam
Pagi jumaat (20 September) adik still lemah suhu pon macam tu juga 37.5 hingga 39 then ibu bagi ubat suhu turun kejap lepas habis ubat suhu naik semula. Tengahari macam tu babah ambil halfday lagi sebab rasa kena bawa adik pergi hospital, ni sebab demam tak mahu kebah.
Lepas jumaat ibu babah bawa pula adik pergi bahagian kecemasan Hospital Sungai Petani. Time tu suhu adik agak tinggi dalam 38 ke atas. Adik lemah juga time tu. Tapi bila pergi bahagian kecemasan HSAH ibu ingatkan adik akan dapat priority sebab dia baby dan keadaan dia yang macam tu.
Tapi malangnya still kena tunggu turn yang maybe dalam 4 hingga 5 jam lagi. Bila babah tanya pun still jawab tak boleh kena ikut turn juga. Sangat-sangat kecewa time ni dengan bahagian kecemasan HSAH.
3 hari demam tak kebah
Ibu babah kesian sangat dekat adik sebab adik tak larat sangat time tu. Dengan persekitaran yang macam-macam penyakit dekat situ. So babah decide tak boleh tunggu ni kena pergi swasta juga ni, so bawa adik pergi klinik bersatu Tikam Batu. Doktor situ check macam tak ada apa, still kata demam biasa dan doktor bagi ubat demam juga.
Bila diingatkan balik dia sebagai doktor tak akan macam tu je buat kerja. Check pun biasa je sedangkan baby dah demam 3 hari kot suhu turun naik tak kebah.
So balik tu ibu try bagi ubat yang klinik pula. Bila ibu bagi ubat klinik tu suhu adik turun sampai ke 35 macam tu. Memang sangat rendah dah tak demam. Time tu syukur sangat dekat Allah sebab suhu adik turun.
Rupanya tak dia nak bagi ibu babah lega kejap je. Bila ubat habis suhu adik naik balik. Kesian sangat time tu adik dah tak sembang tak senyum apa dah dekat ibu. Nak tidur je. Sepanjang malam adik still macam tu. Dalam kepala ibu ni tak senang rasa setiap masa fikir nak buat macam mana lagi.
Ustaz cakap mungkin kena gangguan
21 September, hari sabtu adik masih lagi macam tu cumanya suhu dia rendah sikit dalam 37 hingga 38. Kadang turun 36. Kadang demam kadang tak. So ibu babah ikhtiar untuk bawa adik jumpa ustaz pula kalau-kalau adik ada gangguan. Orang suruh cuba so ibu babah buat. Time tu adik lemah maybe adik sakit dan ibu babah tak tahu.
Ustaz cakap biasalah maybe gangguan ni. So ustaz buat air penawar suruh balik bagi mandi semua. Tak apa ibu babah ikhtiar. Balik macam biasa adik tidur je sebab tak larat tapi susu adik still minum banyak.
Babah perasan ubun-ubun adik dah tenggelam tak macam biasa. Ingatkan berat adik turun so ubun-ubun pun jadi tenggelam. Rupanya apa yang doktor bagitau sebab adik dihydrated. Allahu ibu babah tak tahu adik.
Mengerang sakit dan nafas laju
Esoknya, Anaqi Tsaqeef bangun pagi tu ibu gerak sebab nak bagi adik mandi awal, ibu cuba lagi bagi adik mandi air daun bunga raya putih sebab orang kata petua macam tu kalau demam. So ibu babah buat, adik suka sangat maybe sebab sejuk kot. Lepastu bagi makan ubat dan adik tidur.
Suhu adik tak tinggi sangat dalam 37 lebih macam tu. Tapi bila waktu petang tu adik macam mengerang maybe adik sakit sangat dah. Suhu adik pun tak tinggi time petang tu. Tak demam dah. Sampaikan ke tengah malam adik tak boleh nak tidur mata pun dah tak nak tengok orang.
Asyik mengerang geleng-geleng nafas pun laju sangat. Adik macam nak bagi tahu something dekat ibu babah tapi adik tak reti nak bagi tahu lagi. Allahu.
‘Adik terus masuk zon kuning’
Isnin 23 September, tengah malam disebabkan adik tak boleh nak tidur sebab adik macam mengerang sakit so ibu babah decide bawa adik pergi hospital dalam pukul 12.30 pagi macam tu. Ibu babah bawa adik pergi kecemasan hospital kepala batas.
Time tu adik dalam keadaan sangat tenat sebab nafas terlalu laju malangnya bila sampai di kecemasan Hospital Kepala Batas tu staff di situ cakap kena tunggu turn sebab ramai. Ya Allah betapa kecewanya ibu babah bila diingatkan balik.
Sampaikan anak ibu babah setenat itu masih lagi suruh ikut turn. Kali kedua ibu babah kecewa dengan kecemasan hospital government. So keadaan adik yang macam tu memang tak boleh dah ibu babah nak tunggu turn so bawa adik terus ke kecemasan Hospital Pantai.
Dan bila dekat situ doktor cakap adik dah sangat teruk keadaan dia so pihak hospital takda peralatan nak support adik punya sakit tu. So doktor pantai buat surat terus refer ke kecemasan HSAH. Bila sampai di kecemasan HSAH adik terus masuk zon kuning.
Anaqi dimasukkan ke Neonatal Intensive Care (NICU)
Ibu dukung adik sampai kali terakhir adik masuk zon merah. Time tu ibu rasa luluhnya hati ibu sebab adik terus kena tolak ke zone merah sebab keadaan adik sangat tenat dah. Tak sempat ibu nak cium adik buat kali terakhir sebab doktor dekat situ dah nak buat procedure dekat adik. Lemahnya ibu dengan babah time tu.
Tapi ibu babah cuba kuatkan semangat sebab ibu babah percaya adik akan kuat. Sampaikan doktor dah minta izin dekat ibu babah nak masuk wayar dekat mulut adik dan nafas melalui mesin.
Time tu ibu mampu cakap dekat doktor, doktor buatlah yang terbaik untuk anak ibu. Tak sanggup ibu babah nak tengok adik kena masuk wayar sana sini. Allah.
Bila dah siap dekat zon merah doktor tolak adik masuk ke Neonatal Intensive Care (NICU). Dekat situ ibu tak pernah langsung terfikir yang adik akan pergi tinggal ibu. Yang ibu fikir adik akan sembuh adik kuat semangat. Tak henti doa ibu babah dekat adik. Doktor datang tanya ibu babah tentang adik. Dari A-Z ibu cerita.
Keadaan baby kritikal
Bila doktor kata keadaan adik sangat kritikal dan bila-bila masa baby akan meninggal. Time tu Allah saja yang tahu apa yang ibu babah rasa. Anak ibu Allahuakbar. Doktor kata dari pukul 2 hingga 6 pagi respon adik sangatlah sikit.
Doktor masih cuba yang terbaik untuk adik. Ibu nak sangat bagi adik menyusu time tu sebab last adik minum pukul 11 semalam saja sebelum bawa adik pergi hospital. Tapi adik kena puasa.
Dalam pukul 8 pagi macam tu ibu babah tengok doktor dah kalut-kalut pergi dekat adik rupanya time tu jantung adik dah stop sekejap then doktor buat CPR. Allah kesian anak ibu time tu kena tahan sakit.
Then bila kali kedua pukul 9 lebih pagi jantung adik stop lagi doktor cuba lagi yang terbaik untuk adik. Tapi adik dah tak mampu adik dah tak larat. Pukul 10 pagi adik pergi menghadap pencipta adik.
‘Sekelip mata Allah ambil anak ibu babah’
https://www.facebook.com/nur.dalyla.aqila/videos/pcb.2685091521543483/2685088821543753/?type=3&theater
Ibu babah minta maaf sebab tak ada dekat sisi adik time adik menghembuskan nafas adik sebab doktor tengah buat procedure. Adik pergi dengan tenang tanpa sekelumit pun menyusahkan ibu dengan babah.
Time tu ibu tak mampu nak berkata apa. Kosong jiwa ibu Allahu. Betapa hebatnya kuasa Dia. Ibu babah terlalu sayang anak ibu babah tetapi Pencipta adik lebih sayang adik melebihi segalanya.
Doktor cakap badan adik dihyrated masa demam dan menyebabkan kuman merebak dalam darah adik. Keseluruhan badan adik dah dijangkiti kuman. Terlalu cepat benda ni jadi. Sekelip mata Allah ambil anak ibu babah. Allahu. Ibu babah redha dengan ikhlas Allah ambil Anaqi Tsaqeef.
‘Tunggu ibu dan babah dekat sana ya’
Adik doakan ibu dengan babah kuat ya sayang. Ibu babah dah jaga adik yang terbaik bagai menatang minyak yang penuh tapi ibu yakin Allah akan jaga adik lagi terbaik. InshaAllah anak syurga ibu, tunggu ibu dengan babah dekat sana ya. Anaqi Tsaqeef penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama ibu dengan babah. Tetap dalam hati ibu babah sampai akhir hayat ibu babah.
Sedaya upaya ibu babah dah cuba untuk adik tapi memang dah tertulis setakat tu saja adik duduk dengan ibu babah. Mungkin apa yang terjadi dengan sekelip mata ni asbab saja sebelum Allah nak ambil adik.
Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik. Paling sempurna. Handsome, comel, putih, baik. Sepanjang menjaga adik dari dalam pantang sampai ke akhir hayat adik sangat mudah. Rindu ibu babah dekat adik tak akan hilang. Moga Allah beri kekuatan luar biasa untuk ibu dengan babah tempuh ujian ni. InshaAllah!
Damailah anak syurga ibu babah disana, Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad Ikhwan (10 Mei 2019 – 23 September 2019).
Sumber: Dalila Yusof