Pengacara dan penyampai radio, Anas Tahir mempersoalkan tindakan segelintir pelakon yang terbuka menayang badan dalam filem.
Artikel Berkaitan: ‘Suara Faizal Lagi Sedap, Tak Ada Abang Ambil Adik Pun Jadi Lah’ – Anas Tahir Kecewa Penganjur Tak Tahu Jaga Mulut
Artikel Berkaitan: Hakimi Noordin Mengaku Sudah Terbiasa Buka Baju Selepas Bersukan – ‘Semua Orang Ada Persepsi Masing-Masing’
Tayang badan
Anas berkata, perkara itu berlawanan dengan insiden yang pernah terjadi dengan abangnya iaitu penyanyi Faizal Tahir yang dikecam dan disekat gara-gara membuka baju ketika bertanding dalam sebuah pertandingan pada 2008.
Dulu dalam tahun 2008, abang aku (Faizal) pernah kena kecam sebab buka baju ketika membuat persembahan. Dia juga kena ‘gam’, di ‘banned’ (sekat) dan tindakan tatatertib.
Tapi sekarang aku tengok, ada yang buka baju dalam filem dan siap promote ‘kaw-kaw’ lagi. Bukan buka baju sikit, buka baju sampai dah nak nampak bulu dekat ‘angry bird’.
Aku tak pertahankan tindakan abang aku sebab yang salah tetap salah.
Anas berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.
Dalam perkongsian sama, Anas menganggap budaya menayang badan seperti sudah menjadi ‘trend’ atau ikutan segelintir selebriti tanah air.
Sekarang, buka baju sebagai trend. Kalau boleh nak buat perempuan sampai menggeletis. Fikir-fikirkanlah.
Walau bagaimanapun, Anas tidak memperincikan filem atau naskhah mana yang dimaksudkan berhubung kenyataanya.
Video
@aanastahirr Dulu dihukum.. sekarang dijulang.. #tuje #sajenakbagitau
Sumber: TikTok