berita

Anas Zahrin Guna Kudrat Sendiri, Segan Minta Tolong Rakan Artis – ‘Che Ta Pun Tahu Lepas Undian Tutup’

August 29th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Anas Zahrin

Meskipun mempunyai hubungan rapat dengan beberapa selebriti tanah air, pempengaruh dan usahawan Anas Zahrin tidak menggunakan kelebihan itu untuk meraih undi peminat.

Artikel Berkaitan: Ramalan TikTok Awards 2023: Khairul Aming Bakal Menang Besar? Chef Dave & Uncle Siang Ada Harapan!

Artikel Berkaitan: TikTok Awards: Khairul Aming Menang Creator Of The Year

Segan dengan rakan selebriti

Anas Zahrin

Ketika ditemui OhBulan!, Anas berkata dia menggunakan kudrat dan usahanya sendiri untuk memastikan pengikutnya di media sosial mengundi dirinya dalam kategori TikTok Shop Creator Of The Year di Anugerah TikTok 2023.

Malah, salah seorang rakan selebriti yang rapat dengannya iaitu aktres Rozita Che Wan juga baru tahu mengenai pencalonannya selepas undian ditutup.

Saya tidak pernah minta kawan-kawan selebriti untuk promote saya pun. Semuanya saya buat sendiri.

Walaupun saya rapat dan baik dengan Che Ta (Rozita Che Wan), tapi saya segan nak minta tolong, guna kudrat saya sendiri sahaja.

Che Ta pun petang sebelum anugerah berlangsung baru tahu yang saya tercalon. Waktu itu undian dah tutup. Dia ucap goodluck pada saya.

Saya di TikTok mempunyai lebih kurang tiga juta pengikut dan di Instagram 700,000 pengikut. Jadi saya all out minta tolong semua pengikut saya untuk undi.

Anas berkata demikian ketika ditemui di Anugerah TikTok 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), pada Ahad.

Berkongsi mengenai perasaan apabila memenangi kategori TikTok Shop Creator Of The Year, Anas berkata dia bersyukur serta berterima kasih kepada orang ramai yang telah menyokongnya.

Perasaan sudah pasti gembira dan seronok sangat-sangat. Calon lain juga saya tak menafikan yang mereka semua hebat-hebat.

Untuk berjaya tercalon dalam kategori ini, jualan di TikTok kena ‘meledak’. Tercalon pun sudah satu rahmat untuk saya.

Sementara itu, Anas turut memaklumkan dia bakal mengadakan jualan dengan harga tidak masuk akal bagi produk komestik yang diusahakan sebagai tanda penghargaan kepada peminatnya.

Untuk menghargai semua yang telah undi saya, saya akan buat jualan barang kosmetik saya dengan harga meledak murah.

SKIP THIS AD ×