berita

Ramalan TikTok Awards 2023: Khairul Aming Bakal Menang Besar? Chef Dave & Uncle Siang Ada Harapan!

August 26th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

TikTok Awards 2023

Masih berbaki beberapa jam sahaja lagi sebelum pentas Anugerah TikToker 2023 bakal membuka tirai dengan menyaksikan tujuh kategori People’ Choice dan enam kategori Judge’s Pick yang dipertandingkan.

Artikel Berkaitan: Meet & Greet TikTok Awards 2023: Calon Beramah Mesra Bersama Peminat Di Central Market

Artikel Berkaitan: TikTok Awards Malaysia Jalin Kolaborasi Bersama TV3 Sebagai Rakan Media Paling Utuh & Berpengalaman

Ramalan pemenang

TikTok Awards 2023

Anugerah TikTok 2023 yang julung kalinya diadakan di Malaysia bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula pukul 9 malam esok menerusi siaran langsung di TV3.

Sudah pasti kehangatan acara tersebut semakin dirasai oleh setiap calon yang berjaya menempatkan diri mereka dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Malah, para peminat dan penyokong pastinya tidak sabar melihat ‘content creator’ manakah yang bakal memenangi kategori masing-masing.

Oleh itu, OhBulan! ingin membuat beberapa ramalan bagi kategori dalam People’s Choice dan berikut merupakan ramalan menerusi ‘telekan’ kami.

#1 Creator Of The Yeart

TikTok Awards 2023

Bagi kategori Creator Of The Year, antara calonnya ialah Khairul Aming, Boss James Lawyer Gandhi, Auntie Purple, Sally Whoo dan Ceddy Ang.

Melihat kepada nama-nama ini pastinya orang ramai sudah mengenali mereka memandangkan setiap daripadanya memiliki jumlah pengikut yang ramai di TikTok. Malah, sedikit sukar untuk OhBulan! membuat ramalan.

Bagaimanapun OhBulan! melihat Khairul Aming mempunyai potensi besar untuk menang memandangkan dia kini sedang mendahului undian dengan meraih lebih 1 juta undi sejak semalam.

Namun, tidak mustahil sekiranya Sally Whoo bakal mengulangi kejayaannya sekali lagi apabila dia baru sahaja memenangi kategori TikToker Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35, baru-baru ini.

#2 Rising Star of The Year

TikTok Awards 2023

Bagi kategori Rising Star of The Year, antara calonnya ialah Gaston Pong, Ikhmal Nour, Pencerita TV, Zarul Hafiz, Chef Dave Journey dan Yuki Dance.

Setiap daripada calon ini memiliki kelebihan masing-masing dalam menyedian konten untuk disajikan kepada pengikut mereka.

OhBulan! meramalkan Chef Dave Journey bakal memenangi kategori ini. Umum mengetahui Chef Dave sering berkongsi pelbagai resepi masakan dan menu menarik yang dimasak serta diolah sendiri olehnya.

Tidak keterelaluan jika dikatakan Chef Dave bijak ‘memancing’ pengguna TikTok dengan konten masakan memandangkan rakyat Malaysia sangat gemar dan jatuh cinta dengan makanan.

#3 Popular Creator of the Year

TikTok Awards 2023

Bagi kategori Popular Creator Of The Year, antara calonnya ialah Dr Bengee, Alexhkf, Sofyank, Ryan Bakery, Gigi Cheoh dan Its Jovynn.

OhBulan! meramalkan Sofyank bakal memenangi kategori Popular Creator Of The Year. Kehebatan Sofyank dalam mencipta kandungan tidak perlu disangkal lagi.

Malah, anak muda berbakat besar itu telah memenangi pertandingan Ultimate VFX Challenge – Magic of the Month anjuran bintang terkemuka dunia, Zach King.

Pun begitu, dengan kehadiran Ryan Bakery dan calon-calon lain dilihat bakal memberi saingan hebat kepada Sofyank.

#4 Celebrity of The Year

TikTok Awards 2023

Bagi kategori Celebrity Of The Year, antara calonnya ialah Aeril Zafrel, Janna Nick, Dolla, Siti Nordiana, Anna Jobling dan Zizan Razak.

Meskipun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing, namun ia bukan menjadi penghalang buat para selebriti ini untuk menghasilkan konten di TikTok.

OhBulan! meramalkan aktor Aeril Zafrel bakal menewaskan rakan selebriti lain sekali gus berjaya memenangi kategori Celebrity Of The Year.

Antara alasan munasabah yang boleh dikemukan, Aeril sering melakukan konten yang mengikut isu semasa atau sedang ‘trending’ dalam media sosial. Malah, sifatnya yang lucu dan menghiburkan antara sebab peminat suka dengan konten yang disajikan.

Bagaimanapun, kumpulan terkenal Dolla tidak harus dipandang remeh memandangkan ‘tropers’ yang dimiliki ‘girl band’ itu sangat ramai. Malah, menerusi pemerhatian OhBulan!, mana-mana pertandingan yang disertai Dolla pasti mereka tidak pulang dengan tangan kosong.

#5 Popular Animation Account of The Year

TikTok Awards 2023

Bagi kategori Popular Animation Account Of The Year, antara calonnya ialah Yimo Tapir, Upin Ipin Official, Boboi Boy, Official Ejen Ali, Papa Pipi dan Official Didi And Friends.

Sukar kali ini untuk OhBulan! meramalkan animasi manakah yang bakal memenangi kategori Popular Animation Account Of The Year memandangkan semuanya cukup menghiburkan dan menjadi peneman ketika diusia kecil kebanyakkan orang.

Pun begitu, OhBulan! melihat animasi Upin Ipin mempunyai potensi besar untuk memenangi kategori ini. Kejayaan yang dilakar animasi Upin Ipin bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Telatah dua adik beradik kembar iaitu Upin Ipin sering membuat penonton tidak kering gusi setiap kali menonton animasi tersebut di kaca televisyen.

Malah pengaruh Upin Ipin juga dilihat cukup besar dalam kalangan kanak-kanak apabila salah satu ‘trademark’ ayat mereka iaitu ‘betul betul betul’ menjadi trend dan ikutan ramai.

#6 LIVE Creator Of  The Year

TikTok Awards 2023

Bagi kategori LIVE Creator Of The Year, antara calonnya ialah Gary Is Lit, Que Haidar, Hafiz Alonggs, Wafiy Aan, Tiger Labu dan Ervan.

OhBulan! meramalkan Tiger Labu bakal memenagi kategori LIVE Creator Of The Year. Ini kerana konten yang dihidangkan Tiger Labu sangat berbeza berbanding calon lain.

Bagi pengikut setia Tiger Labu, pastinya mengetahui individu ini sering melakukan sesi siaran langsung di lokasi-lokasi usang dan menyeramkan. Malah, Tiger Labu juga sering mencabar dirinya untuk meneroka sesebuah tempat yang dipercayai mempunyai ‘penunggu’ atau berpenghuni.

Selain itu, Tiger Labu juga gemar berkongsi kepada pengikutnya mengenai lokasi menarik berkaitan alam semula jadi yang boleh dikunjungi.

#7 TikTok Shop Creator of the Year

TikTok Awards 2023

Bagi kategori TikTok Shop Creator Of The Year, antara calonnya ialah Anas Zahrin, Tang Siew Siang, Vicky Little Wolf, Dapur Mahir, Water Mummy Oe dan Dear Carynn.

Sedikit berbeza dengan kategori lain, TikTok Shop Creator Of The Year boleh disifatkan sebagai konten yang mencabar kerana para pencipta kandungan perlu menyakinkan orang ramai untuk membeli produk yang dijual.

OhBulan! meramalkan Tang Siew Siang bakal memenangi kategori ini. Menerusi pemerhatian OhBulan!, Tang Siew Siang atau mesra dengan sapaan Uncle Siang bukan sekadar menjual produk yang hanya fokus kepada sesuatu pengkhususan sahaja.

Sebaliknya dia menjual pelbagai produk antaranya barangan eletronik, peralatan kenderaan, peralatan membaiki rumah, perkakas dapur, perabot, emas dan banyak lagi.

Uncle Siang tidak hanya menjual dengan ‘air mulut’, tetapi dia juga dilihat menggunakan produk yang dijual dan membuktikan sendiri keberkesanannya.

TikTok Awards 2023 akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson.  Manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy Ang dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

Para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan yang mengasyikkan daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.

Acara karpet merah akan disiarkan di TV9 pada jam 8.30 malam, manakala TikTok Awards Malaysia bersiaran secara langsung di TV3 serta di platform TikTok pada 27 Ogos ini jam 9.00 malam.

Para peminat boleh mengundi pencipta kegemaran anda di sini.

SKIP THIS AD ×