Semalam tular beberapa video memaparkan keadaan huru-huru pengunjung di The Midvalley Southkey, Johor Bahru selepas dikatakan terdapat terdapat ancaman bom di pusat beli-belah berkenaan sehingga menyebabkan bangunan itu terpaksa dikosongkan.
Artikel Berkenaan: Sri Pentas Terima Ancaman Bom ‘Imam Mahadi’
Dibuat lelaki warga asing
Memetik laporan Harian Metro, pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut memaklumkan bahawa mereka ada menerima panggilan ancaman bom daripada seorang lelaki yang dipercayai warga asing.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihaknya teruse bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pengesahan mengenai kejadian tersebut.
Pihak pengurusan memaklumkan mereka menerima panggilan itu pada 5.38 petang di mana pemanggil mengaku dirinya dari luar negara dan mendakwa meletakkan bom di beberapa kawasan sekitar pusat beli belah dan hotel berkenaan.
Sehingga jam 9 malam, polis mengesahkan kawasan tempat letak kereta pusat beli belah adalah selamat dan tidak menemui sebarang perkara seperti didakwa.
Pada 9.15 malam, kita benarkan pemilik mengambil semula kenderaan mereka dan mengosongkan tempat letak kenderaan.
Sepanjang insiden ini, anggaran 9,000 pengunjung dan pekerja berada di lokasi dengan 4,000 kenderaan serta 892 penghuni hotel yang menggunakan 463 bilik.
Tambah Raub lagi, Unit Pemusnah Bom mengesahkan 90 peratus kerja pengesanan sudah selesai dilaksanakan sekitar jam 11 malam Sabtu.
Kita masih menunggu laporan penuh daripada Unit Pemusnah Bom bersama Unit K9, selepas itu barulah kita buat keputusan berhubung pengoperasian bangunan itu.
Setakat ini, pihak polis masih giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti individu yang membuat panggilan tersebut serta berusaha untuk lokasi panggilan yang dibuat.
Video tular
Pasar raya Sogo Mid Valley di Johor Bahru diarah dikosongkan kerana ancaman bom petang tadi.#Kool101 #MidValley #JohorBahru
Sumber: @kosmo_online pic.twitter.com/RDgFPAAY5y
— Kool 101 ?? (@kool101my) October 14, 2023
Sumber: Harian Metro, Aplikasi X