
Seismik Makan di bawah REV Media Group melancarkan kempen ‘Siapa Masak Tu? Juara Masak Gen Z’, sebuah pertandingan yang mengetengahkan bakat memasak dalam kalangan Gen Z di Malaysia.
Artikel Berkaitan: ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’ – OhBulan x Seismik & SPOT Community Project Buka Mata Remaja Tentang Pendidikan Seks
Artikel Berkaitan: Peduli S*ks: Sasarkan 100,000 Kanak-Kanak, Spot Community Project Jalin Kerjasama Dengan OhBulan! & Seismik Di Roadshow Sekolah
‘Siapa Masak Tu? Juara Masak Gen Z’
Inisiatif pertandingan ini bertujuan mencabar stereotaip bahawa generasi muda lebih gemar bergantung pada makanan luar berbanding memasak sendiri di rumah.
Selain itu, kempen ini juga sebagai platform untuk mengubah perspesi masyarakat terhadap Generasi Z serta membuktikan bahawa mereka bukan sahaja kreatif dan berdaya saing, tetapi juga memiliki kemahiran memasak yang hebat.
Lebih menarik lagi, juara pertandingan bakal membawa pulang wang tunai RM5,000, di samping peluang untuk menonjolkan bakat mereka kepada seluruh negara.
Syarat dan penyertaan:
- Merakam dan memuat naik video berdurasi maksimum 90 saat di TikTok atau Instagram.
- Menjawab soalan berikut di ruangan kapsyen: “Gen Z tak patut dilabel sebagai generasi microwave kerana…..”
- Menandakan (tag) akaun Instagram atau TikTok @SeismikMakan.
- Menandakan (tag) akaun Instagram atau TikTok @SeismikMakan.
Penyertaan dibuka sehingga 23 Jun 2026 dan berumur 18 hingga 29 tahun.
Inilah peluang untuk mencabar diri, keluar daripada zon selesa, dan membuktikan bahawa generasi muda juga mampu menghasilkan hidangan yang kreatif dan berkualiti.
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan kempen ini menerusi platform media sosial Seismik Makan sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

