berita

Anda Gian Nak Tukar Kereta Baru? Lelaki Ini Kongsi 5 Cara Terbaik Untuk Anda Capai Hajat Itu

September 15th, 2016 | by Shafika
Kini Trending

tipskereta

Selalu je dengar perkataan trade-in kereta. Bunyi macam orang orang kaya je bila 3 4 tahun sekali mesti tukar kereta. Mana taknya, urusan jual beli kereta bukan perkara dibuat main main bila melibatkan pinjaman dengan pihak bank. Haruslah langsaikan baki pinjaman kereta sekarang, barulah boleh tukar kereta. Kan?

Tapi, sebenarnya kita silap kalau menyangka dorang golongan yang kaya. Betul ke tak kaya? Jom baca apa brader ni kongsi di laman facebook miliknya.

Kaedah trade-in keretatrade-in

(Sekadar gambar hiasan)

Kita selalu melihat segelintir orang yang mana setiap 3 atau 5 tahun asyik bertukar kereta baru, pastu siap upgrade lagi. Tidak lain dari kotak fikiran kita hanya berfikir mereka ni orang kaya atau hanya membazir. Pemikiran kita akan berubah pada mereka bila kita tahu kaedah ini.

1. Mereka akan pastikan deposit untuk Beli kereta tidak kurang 20% dr harga kereta tersebut sebagai contoh kereta berharga RM100K dengan RM80K sahaja pembiayaan.

2. Tempoh pembiayaan maksimum hanya 5-7 thn sahaja. Yang banyak saya lihat, jika harga begini, mereka akan guna kaedah 5 tahun sahaja pembiayaan. Sebenarnya Kita boleh bayar untuk tempoh 5 tahun tapi Kita yang buat pilihan untuk 9 tahun sebab nak bayar installment yang lebih murah.

3. Kenapa 5 tahun? Kereta adalah Sewa beli yang merupakan satu liability yang negative. Warranty kereta baru juga biasanya max 5 tahun sahaja & banyak kereta buat masalah lepas 5 tahun. Mereka akan tukar kepada kereta baru sebelum tempoh warranty tamat. Dapat warranty baru lagi 5 thn. Maknanya less cost of maintenance dan berkait juga dengan keselamatan seperti risiko kerosakan di tengah jalan.

ocauto-10-3

(Sekadar gambar hiasan)

4. Trade in kereta tersebut dalam tempoh 5 thn, kereta pon dah habis bayar. Kereta yang baru berusia 5 tahun masih mempunyai nilai yang tinggi di pasaran sebab beli Kereta terpakai baru berusia 5 tahun, masih boleh buat pembiayaan bank 9 tahun, so demand masih tinggi kepada pembeli kedua. Ambil depreciation value 10% setahun. Maknanya value masih ada RM50K. Jadikan sebagai deposit kereta baru yang berharga RM130K. Pinjaman RM80K sahaja. Jadi komitmen still tidak berubah tetapi dapat kereta baru yang lebih selesa dan yang paling penting peace of mind dengan warranty yang disediakan.

5. Kereta baru profit rate yg lebih rendah. Lebih pendek tempoh pembiayaan biasanya semakin rendah profit rate yang diberikan.

Sekadar berkongsi kaedah, tidak semestinya boleh diikuti kerana setiap orang mempunyai capacity, capability & mentality yg berbeza. :) Ada yang memang mampu bayar tempoh 9 tahun, ada yang nak cepat habis bayar, Ada yang suka tiada hutang kereta, Ada yang lebih suka beli Kereta murah cash . Itu terpulang kepada pilihan masing-masing. Mana yang sesuai, boleh gunakan kaedah ini.

Sumber : Khairul Ezuwan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×