berita

Anda ‘Hantu’ Game? Ini Sebab Kenapa Warcraft Bawa Anda Ke Dunia Yang Lain.. Real Gila!

May 18th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-05-18 at 1.28.46 AM

Siapa kat sini kaki game? Mustahil lah kalau korang tak tahu online game World of Warcraft ni. Boleh dikatakan game ni antara yang paling popular di dunia sekarang ni selain DOTA dan FIFA. Abam kalau dah dapat main game Warcraft ni memang tak ingat dunia. Sedar-sedar dah 8 jam kat depan PC sebab khusyuk sangat main.

Tapi pernahkah anda terbayang bagaimana watak-watak dalam game yang korang main tu dalam ‘real life’? Haa.. Ni yang kami nak share. Hari tu abam dapat pi tengok screening movie Warcraft. Perhh memang terbeliak mata tengok sebab macam real sangat. Ditambah pula layan kat cinema IMAX. Meh, nak cerita sikit pasal movie ni.

Real dan menakjubkan!

2

Bagi yang memang layan game ni mesti tau dengan watak-watak seperti Anduin Lothar, Garona, Medivh, King Llane dan sebagainya. Jika sebelum ni korang dapat tengok karakter di dalam PC je, yang ni korang boleh saksikan sendiri bentuk tubuh badan mereka yang real!

Ok la kami bagi intro sikit mengenai Warcraft movie ni. Tapi kami takkan cerita macam mana penghujung cerita ni sebab anda kena tengok sendiri. Ia mengisahkan mengenai dua kehidupan yang menetap di sesuatu kawasan iaitu manusia dan juga monster (Dikenali sebagai Orc).

Screen Shot 2016-05-18 at 2.06.54 AM

Demi ingin mendapatkan kuasa serta menguasai dunia, kedua-dua puak (manusia dan Orcs) harus berperang antara satu sama lain. Tapi akhir sekali siapa yang menang? Haa, yang tu anda kena cari jawapan sendiri.

Apa? Korang tak layan game ni? Jangan risau walaupun anda bukan kaki game, Warcraft ternyata punyai tarikan tersendiri contohnya dari segi grafik yang gempak serta jalan cerita yang tak berat. Senang cerita, semua lapisan umur sesuai untuk tonton movie ni. Silap haribulan korang akan download game Warcraft lepas tengok movie tu.

Dapat peluang lawati props Warcraft di Los Angeles!

3

orcs

Selain dapat peluang menonton Warcraft, kami juga dapat melihat sendiri props yang digunakan ketika penggambaran movie ni. Bertuahnya badan! Ini antara foto-foto props yang sempat kami tangkap.

4

Kami juga diberi peluang untuk mencuba pengalaman untuk rasai bagaimana VR (virtual reality) berfungsi. Awesome beb! Anda seakan-akan berada di dunia lain. VR ni membawa kami ke alam Warcraft di mana anda dapat rasa seolah-olah anda berada di sana! Macam gambar yang anda tengok di bawah ni haa..

Screen Shot 2016-05-18 at 11.56.43 AM

Screen Shot 2016-05-18 at 2.01.10 AM

Jadi kepada anda yang nak rasa sendiri pengalaman menakjubkan menyaksikan Warcraft ni, jom serbu pawagam yang berdekatan anda pada 9 Jun 2016 nanti. Kami sarankan anda tengok dalam 3D. Baru lah real!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×