berita

Anda Risau Dengan 3 Situasi Ini Semasa Hari Raya? Relax, Kami Ada Penyelesaiannya!

June 3rd, 2016 | by Noraniza
Make-It-Senang

kredit foto the star

Kredit foto: The Star

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan untuk tahun 2016. Tak lama menunaikan ibadat berpuasa, muncullah pula Hari Raya Aidilfitri untuk disambut meriah umat Islam sedunia.

Bila dah nak hujung-hujung puasa tu, kaum ibu terutamanya sudah mula menyibukkan diri membuat persiapan raya. Bukan sekadar baju raya untuk keluarga, tapi juga untuk persiapan menyambut kunjungan tetamu yang sudah semestinya berganda daripada hari biasa.

Tapi, usah risau sebab kami ada langkah penyelesaiannya.

Situasi 1 : Alamak, ramainya tetamu…macamana ni?

hari raya 3

Kalau dah nama pun hari raya memang rumah sentiasa terbuka 24 jam walaupun tak buat pengumuman rasmi untuk mengadakan open house. Keluarga sendiri, keluarga suami, sahabat handai, rakan office, kawan anak semua datang serentak.

Masa tu mula fikir cukup ke pinggan mangkuk? Jangan panik kakak-kakak, makcik-makcik ataupun anak dara sekalian sebab kami yakin ada penyelesaiannya. Nah, tengok saja koleksi pinggan mangkuk putih tetapi masih elegan daripada koleksi IKEA ini. Malah, dengan hanya dengan sedikit sentuhan hiasan juga mampu menaikkan mood meriah di meja makan korang.

Screen Shot 2016-05-30 at 2.57.08 PM

Screen Shot 2016-05-30 at 2.47.03 PM

Ada ke kerusi untuk tetamu duduk? Nak letak makanan kat mana? Ruang rumah pula tak besar mana. Well, masalah ruangan yang terhad juga mampu diselesaikan dengan produk meja daripada IKEA yang boleh diubahsuai dan mudah dialihkan. Kiranya nak panjangkan ke, nak kecilkan memang tiada masalah! Malah, kerusi stackable juga ada di IKEA.

ikeaaa giff

Magiknya meja IKEA ni!

Situasi 2: Macamana nak cepat siapkan juadah raya ni?

rendang ayam 2

Nak masak, nak jamu tetamu, nak hidangkan makanan lagi. Fuh, macam tak sempat je. Busy sangat sampai tak sempat nak buat persiapan awal, akhirnya semua kena pulun di hari -hari terakhir berpuasa kan?

Tapi, ianya pasti dapat diselesaikan dengan barangan IKEA yang pelbagai. Cakap je nak periuk belanga ke, nak pisau ke, ataupun nak perkakas untuk membuat kuih, semua ada! Kiranya dengan produk IKEA, ia dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja korang untuk menyiapkan juadah hari raya untuk para tetamu!

Screen Shot 2016-05-30 at 2.37.18 PM

Screen Shot 2016-05-30 at 2.36.54 PM

Malah, di IKEA juga ada juga balang-balang kuih raya yang comel dengan harga berpatutan yang harus korang grab! Kalau dah tak sempat sangat nak susun kuih raya dalam balang kuih, korang boleh juga dapatkan pinggan perhiasan bertingkat. Bukan sahaja nampak cantik, malah ikut trend gitu!

Screen Shot 2016-05-30 at 2.38.49 PM

Screen Shot 2016-05-30 at 2.39.17 PM

Situasi 3: Misi nak jadi tuan rumah terbaik mesti dicapai juga!

ikea lemang

Bukan sahaja bab sajian harus dititikberatkan, namun segala perkara seperti kelengkapan sampingan seperti tisu, set sudu garfu dan juga dekorasi ruang makan harus diambil kira jika korang nak jadi tuan rumah yang ‘the best‘!

Screen Shot 2016-05-30 at 2.59.25 PM

Screen Shot 2016-05-30 at 2.59.03 PM

Barulah para tetamu kagum dengan ketelitian korang ketika menjamu mereka, lebih-lebih lagi bila menggunakan produk IKEA yang sudah sedia maklum berkualiti tinggi.

Screen Shot 2016-05-30 at 2.57.50 PM

Oh ya, jangan pula korang terlupa untuk menghias ruang tamu agar nampak bersih dan kemas. Nah, korang boleh cedok idea dekorasi daripada IKEA ni. Mak mertua pun tersenyum bangga tengok hiasan menantu yang sempurna!

Screen Shot 2016-06-01 at 11.24.32 AM

Screen Shot 2016-06-01 at 11.24.21 AM

Raya ini sediakan ruang untuk semua dengan IKEA!

Wah, nampaknya 3 situasi berlainan ini dapat diselesaikan dengan mudah hanya dengan menggunakan produk IKEA. Senang sangat sebab korang boleh dapatkan segala kelengkapan hari raya di sini.

Bersesuaian dengan konsep yang ingin diketengahkan iaitu ‘Raya ini, sediakan ruang untuk semua’, kami rasa memang tak jadi masalah untuk korang menyambut para tetamu dengan senang hati di hari lebaran ni. Tak caya? Tengoklah video di bawah!

Nah, apa tunggu lagi. Lagi cepat persiapan di buat, lagi bagus! Kalau korang nak tahu maklumat lanjut mengenai IKEA atau nak cuci mata dulu, jangan ragu-ragu untuk klik laman sesawang ni!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×