Anda ada semangat Malaysia dan mempunyai bakat menyanyi rap? Inilah masanya untuk anda serlahkan bakat anda menerusi ‘Peraduan Rap Paling Malaysia’.

Artikel Berkaitan: Media Prima Anjur Klinik Didik SPM & PKSK, Bantu Pelajar Raih Keputusan Cemerlang

Pencarian bakat dalam bidang rap

Berita baik buat anda apabila Media Prima Berhad (MPB) sedang mencari penyanyi rap paling kreatif, ‘relatable’ dan mempunyai jiwa yang penuh dengan semangat Malaysia.

Tak kisah apa saja tema yang ingin anda bawakan seperti nasi lemak, bola sepak atau mengenai mak-mak yang ‘power’ masak rendang. Janji ianya mempunyai ‘vibe’ Paling Malaysia!

Jangan lepaskan peluang untuk sertai peraduan ini. Caranya mudah saja, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah ini:

  1. Rakam video rap berdurasi 30 saat hingga 1 minit yang menggambarkan semangat “Paling Malaysia”.
  2. Pastikan rap mengandungi sekurang-kurangnya satu daripada perkataan berikut iaitu , ‘Paling Malaysia’,’Confirm Malaysia’ dan ‘Rojak’.
  3. Muat naik video ke TikTok atau Instagram menggunakan akaun ‘public’.
  4. Sertakan hashtag rasmi berikut dalam kapsyen iaitu #MediaPrima #OhBulan #RapPalingMalaysia dan #ConfirmMalaysiaMPB

Selepas itu, lengkapkan penyertaan kalian dengan menghantar pautan video anda di sini.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 11 Ogos 2025 jam 11:59 malam dengan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 menanti anda.

Jadi, apa tunggu lagi! Inilah peluang untuk anda ‘drop the beta’ dan tunjukkan pada semua apa itu rap ‘Paling Malaysia’!