berita

‘Anda Sendiri Boleh Tengok Keikhlasan Orang’ – Letak Berlian Dalam Keropok, Aishah Dakwa Diri Dihina

July 18th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Kemelut antara penyanyi Aishah dan usahawan kosmetik akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Dato’ Seri Vida memohon maaf dan bersetuju menyelesaikan isu secara mediasi. Penaja program realiti GV4 itu juga diminta membayar harga barang kemas berjumlah RM80,000.

Menerusi sidang media semalam, Dato’ Seri Vida menyerahkan barang kemas kepada Aishah melalui peguam di sebuah kedai emas di Bangsar. Namun, penyerahan tersebut sekali lagi menimbulkan rasa tidak puas hati Aishah.

Satu penghinaan

Memetik laporan Harian Metro, Aishah mendakwa tindakan Vida meletakkan berlian bernilai RM27,100 dan RM12,920 di dalam keropok adalah satu penghinaan.

Saya hanya minta hak, tapi diperlekehkan sebegitu rupa. Kasihankan menjadi artis?

Anda sendiri boleh tengok keikhlasan orang. Pernah ke orang bagi barang tapi letak dalam kerepek dulu dan campak.

Bagi saya ini penghinaan dan diperlekehkan. Dari awal lagi saya dan suami dikatakan tidak menyempat mahu memilih barang kemas sedangkan jadual padat dan masa itu saja yang ada. Tak perlu nak perlekehkan macam kita tak pernah jumpa berlian.

Tambahnya lagi, program realiti TV yang disertainya adalah profesional dan bukannya majlis kenduri dimana tuan rumah memberikan hadiah ikhlas. Jadi, penaja tidak sepatutnya mempertikaikan hadiah barang kemas sebagai tambahan kerana ianya telah dimasukkan dalam senarai hadiah pemenang.

Tidak terdesak

Kata Aishah lagi, dia sendiri tidak tahu mengenai sidang media yang dibuat Vida semalam. Aishah turut menafikan dakwaan dirinya terdesak.

Hari ini memang tarikh akhir penyerahan barangan kemas seperti yang dipersetujui pada sesi mediasi.

Lagi satu, kami pergi ke kedai emas ini selepas mediasi kerana petang itu kami memang berkelapangan.

Saya nak jumpa peguam pun masing-masing sibuk, jadi kami terus ke sana. Bukan pasal kami lahap sangat barang ini. Lagipun bukannya dapat ambil terus. Saya difahamkan, baru hari ini dia menyelesaikan bayaran iaitu hari terakhir ikut perjanjian.

Aishah turut tidak bersetuju kenyataan Vida mengenai kos guaman RM7,500 yang ditanggungnya sebagai sedekah sedangkan sudah dipersetujui ketika proses mediasi.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×