Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa berkecil hati apabila permohonannya untuk mendapatkan dana atau geran bagi menghasilkan sebuah filem telah ditolak.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Peduli Netizen Kecam’ – Erma Fatima Tidak Mahu Artis Tempatan Terus ‘Dilondehkan’ Sarah Yasmine
Artikel berkaitan: Erma Fatima Tidak Tolak Akan Bekerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies – ‘Bakat & Masalah Peribadi Tiada Kena Mengena’
‘Kena lebih hebat daripada aku’
Memetik laporan Melodi, Erma berkata, sekiranya geran tersebut diberikan kepada orang lain yang tidak dapat menghasilkan karya yang lebih hebat, dia akui akan sangat terkilan.
Ini pertama kali aku minta geran dan ditolak. Aku anggap aku mungkin orang seni yang tidak layak untuk dapat geran itu. Kalau bagus orang dah bagi dah geran.
Aku cuma harap geran itu diberikan kepada orang yang lebih hebat daripada aku. Kalau geran itu jatuh kepada orang yang lebih hebat daripada aku yang selayaknya membawa satu isu yang bagus untuk bangsa, negara dan agama, silakan aku tidak akan terkilan.
Tapi andainya geran itu jatuh kepada orang yang dibawah aku, aku sangat terkilan.
Dalam pada itu, Erma memberitahu filem yang dicadangkan tersebut sudah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta tidak memberi ancaman kepada akidah umat Islam.
Aku tak rasa aku seorang pembikin yang bodoh. Aku tahu aku berada di Malaysia dan perlu menjaga banyak sensitiviti agama dan bangsa lain.
Sesungguhnya cerita itu tidak langsung menggugat keamanan. Bila ditolak selalunya tak ada jawapan. Tidak diluluskan, itu sahaja jawapannya.
Secara jujurnya, tajuk filem itu Murtad tapi benda itu tidak melanggar akidah-akidah. Kita dah jumpa dapat kelulusan daripada pihak JAKIM dan tiada masalah dengan konten semuanya dah dilaksanakan sebelum kita minta geran. Tapi bila kita minta tak dapat.
Dana tu bukan lah tinggi sangat. Bukan saya minta berpuluh juta, saya minta tiga juta sahaja. Saya anggap saja tak layak.
Disoal sekiranya ada pihak boleh memberi dana namun perlu ikut telunjuk mereka, Erma menolak sekeras-kerasnya.
Seandainya permintaan itu memudaratkan cerita dan karya saya, prinsip saya sebagai pembikin filem, suruh dia simpan je duit tu. Tak buat pun tak apa.
Sekarang semua perlukan duit tapi tak semua adalah duit. Seorang pengkarya, karya dia sangat bermakna yang tak ada nilai dalam wang ringgit tapi prinsip dan pegangan dia serta tanggungjawab dia atas karya itu. Kalau dia merasakan duit adalah segalanya, saya anggap kau bukan pengkarya.
Aku ada satu lagi talian hayat aku iaitu Allah. Mungkin dia tahu apa aku punya perjuangan, mungkin sebelum aku mati aku dapat buat filem-filem yang ada mesej besar aku nak sampaikan. Aku percaya akan sampai masanya, Insya-Allah.
Sumber: Melodi