Pempengaruh media sosial Andika Putera menegaskan dia tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kawan Adalah Maut’ – Bekas Isteri Pempengaruh Beri ‘Hint’ Individu Ganggu Rumah Tangga?
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Curang – ‘Tak Cukup Dengan Staf, Bini Orang Pun Sanggup Awak Sailang?’
Nafi curang
Andika nama sebenarnya Muhamad Andika Putera, 27, berkata, dia terkejut apabila dituduh curang dengan pekerja dan isteri orang yang juga coach dalam bidang motivasi.
Untuk makluman semua, saya dan Natasha pernah bercerai pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman dan kemudian rujuk semula demi kebaikan anak kami, Alisha Puteri.
Namun kami masih lagi tiada persefahaman sehingga kami membuat keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu. Penceraian ini juga berlaku secara baik dengan bekas isteri.
Walaupun sudah bercerai, saya masih berusaha melakukan tanggungjawab sebagai seorang ayah sebaik mungkin seperti memberi duit nafkah anak dan duit mutaah setiap bulan tanpa gagal kepada Natasha selain menguruskan rawatan mata Alisha.
Sepanjang berumahtangga dengan Natasha, saya tidak pernah berlaku curang dengan mana-mana pihak seperti didakwa. Ia satu fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dengan coach yang diperkatakan kerana dia sudah berkahwin dan perkara ini sangat mengaibkan dia.
Mohon maaf isu seminar
Bagaimanapun, Andika mengakui khilafananya ketika menyampaikan seminar mengenai topik hubungan suami isteri yang mana telah disalahtafsir dan dimanipulasikan individu yang tidak bertangungjawab.
Saya mengakui rasa khilaf sangat kerana penggunaan kata-kata saya berlebihan dan mesra terhadap coach itu. Saya memohon maaf atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
Dan seperti biasa semua seminar saya akan dirakamkan untuk rujukan akan datang. Entah macam mana pihak yang dikenalpasti sudah memberikan video berkenaan kepada Natasha. Terus menjadi salah faham.
Tak fasah-fasal saya dituduh curang selama 4 tahun tanpa bukti. Dalam kes ini, benar ia silap saya. Tetapi seminar itu diadakan selepas saya bercerai, cuma disebabkan pihak ketiga menokok tambah, menyebabkan ia membina andaian terhadap Natasha ia berlaku sebelum bercerai.
Justeru, bapa kepada seorang cahaya mata ini berharap dengan penjelasan yang diberi, isu skandal berkenaan tidak diperbesarkan lagi.
Tegasnya, jika ada pihak yang cuba untuk terus memfitnah dirinya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak. Kerana itu selama ini saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan menguruskan komitmen harian saya.
Cukuplah tuduh saya macam-macam. Hentikan atau saya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasi saya.