Pempengaruh media sosial, Andika Putera memaklumkan dia dan bekas isteri, Ananda Natasha telah mencapai kata sepakat tentang hak penjagaan anak mereka, Alisha Puteri.
Artikel berkaitan: Ananda Natasha Dakwa ‘Tong-Tong’ Duit Bayar Sewa Rumah, Bil Elektrik Dengan Andika Putera – ‘Padahal Dia Kaya Kan’
Artikel berkaitan: Andika Putera Ugut Nak Sebar Video ‘Bersama’ Bekas Isteri? – ‘Nampak Muka Awak Je, Tak Nampak Saya’
Hak penjagaan Alisha
Menerusi hantaran di Instagram, Andika berkata, dia dan Natasha akan menjaga anak perempuan mereka secara bergilir-gilir selama seminggu.
Hak asuh anak terhadap Alisha akan diperhalusi dan diselesaikan dengan baik demi kebahagiaan Alisha.
Masing-masing akan fokus penjagaan Alisha secara adil dan bergilir-gilir iaitu Tasha seminggu, Dika seminggu.
Selain itu, Dika juga akan menyediakan seorang pengasuh buat Alisha seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.
Perjanjian sebelum cerai yang fokus kepada penyediaan pembantu pengasuh kepada Tasha untuk hal ehwal kebajikan Alisha serta nafkah yang mencukupi diteruskan seperti sedia kala.
Mutaah pula adalah selepas daripada keputusan yang akan ditentukan daripada mahkamah syariah.
Video ‘bersama’ bekas isteri
Berkenaan dengan dakwaan ugutan penyebaran video ‘bersama’ bekas isteri, Dika menjelaskan dia tidak memiliki sebarang video atau gambar terlarang tersebut.
Tasha dan Dika sendiri dah berjumpa depan-depan dengan cara yang harmoni dan sudah ‘clarify’ dan semakan iaitu tiada video mahupun gambar terlarang atau sensitif dalam simpanan Dika.
Sekadar info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, Andika dan Natasha dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Alisha Puteri.
Sumber: Instagram