Gitaris kumpulan Projector Band, Razif Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Angah, tampil memberi penjelasan mengenai penubuhan kumpulan baharunya Satu Band, yang mendapat perhatian negatif daripada segelintir pihak.
Artikel Berkaitan: One Avenue Band Mahu Peminat Rasai ‘Vibes’ Galau Dengan Lagu ‘Jangan Pergi’
Artikel Berkaitan: Antara Lagu-Lagu Yang Disukai Kaum Lelaki Tapi Malu Nak Mengaku. LOL!
Kecewa lagu tak layak ke AJL?
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Angah meluahkan rasa kesal terhadap tuduhan yang mendakwa niat beliau menubuhkan kumpulan tersebut adalah untuk membalas dendam terhadap ahli kumpulan Projector Band yang lain.
Menurut Angah, dia berasa sangat terkejut apabila menerima komen berbentuk provokatif daripada seorang individu tatkala sedang sibuk menguruskan pelbagai persiapan untuk majlis pelancaran lagu baharu Satu Band. Tambah Angah, komen yang ditinggalkan individu berkenaan sangat tidak berasas.
Dia kata saya tubuh Satu Band sebagai tanda kekecewaan apabila lagu ‘Sinar Pelangi‘ tidak tercalon di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun lalu. Saya memang rasa sedikit kecewa dengan keputusan itu, tetapi ia tidak sampai mendorong saya untuk menubuhkan kumpulan baru.
Saya masih lagi komited dengan Projector Band. Satu Band, sebaliknya, adalah kesinambungan daripada kumpulan lama saya.
Angah turut menegaskan bahawa dakwaan tersebut muncul kerana salah faham atau kekurangan maklumat, terutamanya oleh individu yang membuat komen tanpa mengetahui perkembangan sebenar. Ujar Angah lagi, jika individu tersebut atau sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Satu Band, mereka akan lebih memahami situasi semasa.
Selalunya, individu yang mengkritik akan menggunakan akaun palsu, tapi kali ini, orang itu menggunakan akaun sebenar untuk membuat kenyataan yang tidak tepat. Saya rasa mereka hanya malas untuk menyelidik. Saya mahu dia padam komen tersebut sebab saya tak mahu timbul fitnah.
Sebab itu saya buat satu video, dia kena padam sebelum ramai yang datang di ruangan komen. Saya tak nak apa yang dia buat tu boleh mengguriskan hati Projector Band. Saya tak suka. Saya masih dengan Projector Band dan masih orang yang sama.
Disoal sama ada akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak selepas ini, Angah secara ringkas menjawab buat masa ini dia tidak mempunyai perancangan ke arah itu.
Sekarang mudah sahaja kita nak cari. Cuma saya tak terlintas nak ke arah itu lagi. Cukup sekadar dia memadam komen. Lagipun saya tak kenal dia.
Selain aktif dengan Projector Band dan Satu Band, Angah juga telah mengembangkan lagi kerjaya muziknya dengan menubuhkan syarikat rakaman sendiri, AR Muzik, pada tahun 2022. Jelas Angah, AR Muzik kini telah memiliki 10 orang artis yang sedang berkembang dalam industri muzik.
Kami dah ada beberapa orang artis setakat ini. Cuma saya tengah cari penyanyi perempuan pula sebab yang ada semua lelaki. Syarikat rakaman kami tak akan ikat artis. Kami hanya bekerjasama berdasarkan setiap projek sahaja.
Video
Angah yang ditemui selepas majlis Grand Launching ‘Kehilangan’ Satu Band di Ampang, baru-baru ini, turut berharap lagu baharu daripada kumpulan itu akan mendapat tempat di hati pendengar.