berita

Angeline Tan Syampu Kepala Sabri Yunus, Netizen Imbau Kenangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu – ’30 Tahun Tunggu Lucy Cuci Rambut’

October 31st, 2023 | by Alia
Kini Trending

sabri angeline

Perkahwinan antara pasangan pelakon, Sabri Yunus bersama Angeline Tan sehingga kini masih lagi menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya gembira melihat kemesraan mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lafaz Itu Sah Mengapa Perlu Diulang? – Dr Maza Jelas Isu Ijabkabul Ringkas Sabri Yunus & Angeline Tan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dina Nadzir Sebak Dengar Doa Angeline Tan – ‘Allah Tak Pernah Abaikan Sesiapa’

Mesra bersama

sabri angeline

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, mereka telah digandingkan bersama bagi mempromosikan sebuah jenama produk makanan popular.

Kebahagiaan yang terjalin di antara pasangan selebriti itu juga dapat dilihat pada setiap adegan yang dilakonkan.

Paling menarik perhatian warganet adalah adegan Angeline sedang mencuci rambut Sabri yang membuatkan peminat mengimbau kembali lakonan mereka di dalam sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

30 tahun tunggu Lucy cuci rambut.

Pertama kali tengok Lucy cuci rambut real punya, selama ini hanya tengok salon Lucy je.

Scene dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu baru keluar sekarang.

Sejak perkahwinan mereka, saya tengok semula Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.

Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×