Pelakon dan penyanyi Amy Mastura berpendapat lebih mudah untuk melepaskan jika seorang isteri menganggap suami hanyalah pinjaman sementara.
Artikel Berkaitan: Amy Mastura Raih Pujian Netizen, Balik Tunai Haji Baru Kongsi Di IG – ‘Semoga Allah Menerima Ibadah Ini’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berharap Keluarga Dapat Berkumpul Bersama Di Hari Raya’ – Amy Mastura
Suami hanya pinjaman
Pelakon filem Puteri Impian itu mengingatkan bahawa segala yang hidup di dunia ini adalah milik tuhan.
Bukan mudah untuk kita rasa macam itu. Tapi realitinya begitu.
Tiada apa yang dalam dunia ini kita punya.
Kita kena rasa suami ini bukan kita punya sebab nanti mereka akan tinggalkan kita. Sama ada orang ketiga ataupun tuhan sendiri yang akan ambil.
Kalau kita rasa suami itu kita punya, kita susah untuk melepaskan.
Amy berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, semasa menghadiri sidang media Berbahagi Suami di The Fleur, Ttdi, pada Rabu.
Pemilik nama sebenar Amy Mastura Suhaimi ini juga berharap para suami tidak melakukan poligami secara bersembunyi.
Para-para suami, saya rasa adalah lebih baik jangan buat sorok-sorok.
Sebab bila suami buat secara sembunyi itu yang jadi kemarahan.