berita

Anggota Polis Dipercayai Bunuh Anak Sendiri Sebelum Bunuh Diri

March 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Semalam, seorang anggota polis dijumpai mati selepas dia dipercayai menembak mati anak lelakinya sebelum menembak dirinya sendiri. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, Seremban.

Ditemui mati dalam sebuah kereta

Lapor Kosmo Online!, pihak polis telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 6.42 petang. Menerusi siasatan awal, mangsa dipercayai menggunakan senjata api jenis pistol. Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, lelaki yang berpangkat Koperal berusia 35 tahun dan anaknya berusia tujuh tahun dijumpai mati dengan kesan tembakan di kepala dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Dua beranak berkenaan ditemui dengan kesan tembakan di kepala dan polis percaya kejadian berlaku adalah bunuh diri dan bunuh. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun dipercayai ia berkaitan dengan masalah keluarga.

Ujar Said lagi, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Difahamkan mangsa mempunyai seorang isteri dan dua anak lelaki.

Sumber: Kosmo Online!

SKIP THIS AD ×