berita

Anggota Polis Maut Kemalangan, Tak Sempat Pulang Jumpa Anak Demam

November 23rd, 2022 | by Wani
Kini Trending

Hasrat seorang bapa yang juga seorang anggota polis di Balai Polis Putra Heights pulang ke Melaka untuk melihat anaknya demam tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan di Kilometer 217.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Alor Gajah pagi tadi.

Hasrat tak kesampaian

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, mangsa yang bertugas di Putra Heights itu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.

Kejadian berlaku kira-kira dalam pukul 1:30 pagi apabila sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu di lorong tengah telah mengubah haluan ke lorong paling kiri. Mangsa ketika itu menunggang motosikal jenis Honda RS150R yang cuba untuk mengelak ke bahagian kanan, namun, gagal. Akibat daripada itu, mangsa terlanggar belakang lori bahagian kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa dikatakan tamat tugas pada tengah malam dan terus menuju ke Kampung Musai, Bukit Baru kerana anaknya yang demam.

Susulan daripada itu, mangsa, Kamarul Arif Mat Noor, 32, yang berpangkat koperal diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia. 

SKIP THIS AD ×