berita

Kes Bunuh Pemandu E-Hailing, 6 Individu Termasuk Anggota Polis Didakwa

February 9th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Enam anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat Datuk bersama seorang awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau, semalam, membabitkan kes pembunuhan seorang pemandu e-hailing berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, pada 13 Januari lalu.

Artikel Berkaitan: Polis Berjaya Tahan Suspek Utama Rusuhan Di Bintulu Dalam Masa 24 Jam

Artikel Berkaitan: Elak Kena Tangkap, Pemandu Lori Tikam Anggota Polis Guna Gunting

Pertuduhan membunuh

Kesemua terduduh adalah Rosdi Rastam, 44, Denis Anat Anit, 44, Fabian Anak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan Vivien Fabian, 34, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61.

Bukan itu sahaja, Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, juga turut didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama atas pertuduhan bersubahat dengan kesemua tertuduh untuk membunuh mangsa pada tarikh, lokasi dan masa yang sama.

Difahamkan, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan tersebut dibacakan serentak di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus. Dalam pada itu, berdasarkan kertas pertuduhan, semua mereka dituduh membunuh Nurman Bakaratu yang juga seorang pemandu e-hailing dengan niat, sekitar jam 7.30 hingga 10.30 malam pada 13 Januari.

Sementara itu, segala pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, mahkamah menetapkan pada 11 April depan bagi tarikh sebutan semula kes dan pelantikan peguam.

SKIP THIS AD ×