berita

Ayat Manis Abang Polis Buat Wanita Ini Cair Sampai Nekad Minta Cerai, Kantoi Menipu Selepas Lakukan Hubungan Seksual

September 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

abang polis kantoi

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara kemaruk cinta dengan seorang anggota polis, wanita berstatus isteri sanggup meminta cerai dengan suaminya.

Artikel Berkaitan: Tak Nak Kantoi Ada Skandal, Wanita Lempar Anak Dari Balkoni Sampai Mati

Artikel Berkaitan: Isteri Tergamak Tekup Suami Sampai Mati, Semata Nak Teruskan Skandal Dengan Sepupu

Terbongkar identiti

abang polis kantoi

Foto: Tribun News

Memetik laporan Tribun News, wanita berusia 25 tahun itu berasal dari Tuban, Jawa Timur, Indonesia yang mula berkenalan dengan anggota polis berkenaan menerusi platform Facebook.

Difahamkan hubungan mereka terjalin selama dua bulan sehingga wanita tersebut nekad meminta cerai dengan suaminya selepas termakan pujukan lelaki itu.

Pasangan itu juga pernah melakukan hubungan seksual dan berjanji akan berkahwin namun lelaki tersebut melarikan diri atas alasan menjalankan tugas risikan.

Bagaimanapun, kebenaran akhirnya terbongkar apabila wanita berkenaan bertindak melaporkan teman lelakinya itu kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Tuban, AKBP Suryono berkata hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut bukanlah seorang anggota polis dan hanya menyamar.

Setelah disemak, tiada seorang pun anggota kami menyamai nama suspek. Kemudian kami siasat dan mendapati suspek berada di kawasan Gresik dan pihak kami berjaya menahannya.

Dua surat cerai palsu sudah disemak di mahkamah.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×