berita

Anggota Tentera Maut Tembak Diri Sendiri, Dipercayai Alami Masalah Rumah Tangga. Ibu Mentua Turut Cedera

October 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Berita Harian

Di Kuching, Sarawak seorang anggota tentera maut selepas didakwa menembak dirinya dan dia turut dipercayai mengamuk sebelum melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata jenis Colt M4 Carbine.

Susulan daripada itu, ibu mentuanya yang cedera dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan dan kejadian ini berlaku semalam, di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah di Jalan Matang.

Anggota tentera meninggal dunia

Foto: Berita Harian

Lapor Berita Harian, suspek yang bertugas di Kem Tentera di Tondang, Bau meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan di bahagian kepala. Suspek yang berseragam penuh dan membawa senjata api dipercayai pulang ke rumah mentuanya sebelum dia didakwa melepaskan beberapa das tembakan secara rambang dan menembak kepalanya sendiri.

Mengulas lebih lanjut, masalah rumah tangga dipercayai menjadi punca suspek bertindak sedemikian. Ujar Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, suspek berusia 28 tahun datang ke rumah keluarganya bagi berbincang mengenai masalah rumah tangga yang dihadapinya. Bagaimanapun, ketika perbincangan itu berlangsung suspek dikatakan marah sebelum bertindak mengambil senjata yang disimpan di dalam keretanya.

Suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan di bahagian ruang tamu dan dapur rumah itu. Ibu mentuanya yang berusia 58 tahun terkena tembakan di bahu kiri.

Tembak diri sendiri

Sekadar gambar hiasan

Ujar Abang Zainal Abidin lagi, suspek kemudiannya berjalan ke bahagian hadapan rumah dan bertindak menembak diri sendiri di bahagian dagu. Difahamkan, suspek ketika kejadian masih bertugas sebagai anggota pemantauan pematuhan SOP Covid-19 bagi daerah Bau.

Suspek meminjam kereta kawannya untuk pergi ke rumah keluarga isterinya di Kolong 1 itu dan difahamkam dia dan isterinya dalam proses perceraian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan polis mengesa orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×