berita

Angkara Cemburu, Lelaki Hentak Kepala ‘Girlfriend’ Guna Tong Gas Sampai Mati

October 2nd, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Indonesia, seorang wanita maut di bunuh teman lelaki selepas melakukan hubungan seks di sebuah villa pada Selasa lalu.

Artikel Berkaitan: Lelaki Sanggup Bunuh Sahabat Baik Kerana Cinta Tiga Segi

Artikel Berkaitan: Pak Guard Rogol Pelajar Sekolah Agama Tiap Pagi, Ugut Pukul Jika Tolak Buat Seks

Bunuh guna tong gas

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Detik Jabar, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ade Jamaludin, 22 didakwa membunuh seorang wanita yang berusia 21 tahun di sebuah villa, Desa Warnasari pada Selasa lalu.

Ketua Polis Bandung iaitu Kuswoeo Wibowo berkata, kejadian bermula apabila pengurus villa tersebut menemui mayat wanita terbaring di sebuah bilik dan mendakwa bahawa mayat itu adalah mangsa pembunuhan sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Ia bermula dengan pasangan yang mendaftar masuk di sebuah villa. Kemudian tiba masa untuk mendaftar keluar, mereka tidak keluar dari bilik. Jadi kakitangan hotel datang dan di dalamnya terdapat mayat wanita.

Dikatakan, suspek mengenali mangsa sejak dua minggu lalu dan memutuskan untuk bertemu di sebuah villa.

Selepas melakukan hubungan seks, mangsa dikatakan berbual bersama lelaki lain. Perkara ini menyebabkan suspek cemburu lalu menyerang mangsa.

Suspek dikatakan memenggal kepala si mangsa menggunakan tong gas sehingga maut. Kemudian, bertindak menyembunyikan mayat di bawah tilam sebelum sempat melarikan diri ke luar bandar.

Susulan kejadian itu, suspek berjaya ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara maksimum 15 tahun kerana mengakibatkan kematian.

Sumber: Detik Jabar

SKIP THIS AD ×