berita

Lelaki Sanggup Bunuh Sahabat Baik Kerana Cinta Tiga Segi

September 20th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Seorang lelaki Indonesia tergamak membunuh sahabatnya akibat cemburu dan dendam yang sudah lama terpendam.

Artikel Berkaitan: Letak Kadar Faedah Tinggi, Lelaki Nekad Bunuh Ibu Kawan Sendiri

Tikam sehingga mati

Memetik laporan Detik Sumbangsel, perbuatan kejam suspek, 23 terbongkar susulan penemuan mayat dalam keadaan membusuk dan kesan tikaman di leher dan dadanya.

Dipercayai, mangsa telah meninggal dunia pada hari sabtu dan ditemui oleh sepupunya iaitu Nia Kurniati selepas seminggu dibunuh pada hari Jumaat.

Menurut Ketua Polis iaitu Robi Sugara, suspek merancang untuk membunuh mangsa, 24 pada waktu malam ketika sedang tidur.

Penjenayah bercadang untuk membunuh mangsa ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik, pelaku menikam si mati di bahagian dada sekali.

Tambahnya lagi, mangsa tersedar daripada lena apabila merasakan sebilah pisau di dadanya. Berikutan daripada itu, magsa turut mengeluarkan pisau dan mengacukan ke arah suspek.

Namun, pelaku sempat mengelak lalu menikam mangsa sekali lagi tetapi kali ini di bahagian leher. Akibat kecederaan serius, mangsa meninggal di tempat kejadian.

Sebelum melarikan diri, suspek sempat menulis ‘Maaf, Teh’ di dinding menggunakan darah mangsa untuk ditujukan kepada Nia.

Dikatakan, motif pembunuhan disebabkan oleh perasaan cemburu terhadap sahabatnya yang mempunyai hubungan bersama Nia iaitu sepupu mangsa.

Bukan itu sahaja, suspek juga menyimpan dendam terhadap sahabatnya kerana sering memarahi dan mengeluarkan kata-kata kasar.

Walau bagaimanapun, suspek pembunuhan berjaya ditangkap oleh pihak polis di Palembang pada sabtu lalu.

Sumber: Detik Sumbagsel

SKIP THIS AD ×