berita

Angkara Dendam, Anak Derhaka Tergamak Tanam Ibu Kandung Hidup-Hidup

May 11th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Di China, seorang lelaki berusia 58 tahun, Ma telah ditahan selepas dipercayai melakukan cubaan membunuh ibu kandungnya sendiri. Lebih mengejutkan apabila, individu tersebut dikatakan tergamak mengebumikan ibunya hidup-hidup.

Tanam hidup-hidup

Menerusi laporan yang dipetik daripada South Morning China Post memberitahu bahawa mangsa dikenali dengan nama Wang itu telah ditemui dan diselamatkan selepas 3 hari ditanam di dalam hutan. Wang yang berusia 79 tahun mengalami lumpuh sebahagian badan dan keadaan kesihatannya yang lemah itu membuatkan dia tidak mampu melawan apatah lagi untuk menyelamatkan dirinya daripada ditanam hidup-hidup.

Menantunya membuat laporan polis mengatakan wanita itu belum pulang setelah anak lelakinya itu membawanya keluar menggunakan kereta sorong pada jam 8 malam kelmarin.

Ma yang telah ditahan oleh pihak polis akhirnya mengaku akan tindakannya itu. Menurut pegawai polis Jingbian memberitahu, Ma juga berada di lokasi kejadian semasa pihak polis menyelamatkan mangsa.

Lelaki itu juga berada lokasi kejadian semasa polis menggali kubur sedalam dua meter. Dia tidak memberi reaksi atau berkata apa-apa apabila melihat ibunya masih hidup.

Pindah ke rumah suspek sejak tahun lalu

Menceritakan kisah itu, pada suatu ketika dahulu selepas kematian bapanya, Wang (ibu kandung) telah mendirikan rumah tangga sekali lagi dan membawa adik bongsunya tinggal bersamanya di wilayah Gangsu sementara Ma ditinggalkan bersama bapa saudaranya ketika usianya baru sahaja 12 tahun. Namun, selepas kematian suami keduanya beberapa tahun lalu, Wang telah berpindah ke Jingbian bersama anak bongsunya itu.

Difahamkan, pada tahun lalu selepas keadaan kesihatan Wang semakin merosot, dia bernekad untuk pindah ke rumah Ma. Tetapi sayangnya kehadiran Wang di rumah Ma hanya menambahkan kebencian dalam diri anak lelakinya itu lebih-lebih lagi selepas Wang mengalami lumpuh separuh badan sejak November lalu. Ma juga meluahkan rasa kurang senang dengan bau busuk di dalam rumahnya dan menuduh bau itu disebabkan oleh ibunya. Disebabkan itu, dia bernekad untuk membunuh ibu kandungnya. Mangsa yang telah diselamatkan kini berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di wilayah Shaanxi.

Sumber: South Morning China Post