berita

Angkara Khianat, Rumah Pasangan Warga Emas Dibakar Jiran

July 8th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Berita Harian

Pasangan suami isteri warga emas terselamat dalam kebakaran rumah yang dipercayai akibat perbuatan khianat jiran yang melontar bahan api ke rumah mereka di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan pada Khamis.

Nampak jiran baling objek bahan api

Foto: Ihsan Polis

Kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi ketika kedua-dua mangsa yang berusia 75 tahun itu berada di dalam rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, mangsa yang menyedari sebahagian rumahnya terbakar segera menyelamatkan diri. Namun sebelum kejadian, mangsa ternampak kelibat seorang lelaki membaling satu objek disyaki bahan api ke arah bumbung rumahnya.

Tindakan ini menyebabkan rumah mangsa terbakar dan hangus secara keseluruhannya serta mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak RM350,000.

Susulan itu, bertindak hasil risikan, anggota kami menahan seorang lelaki berusia sekitar 30-an yang juga jiran mangsa yang disyaki terbabit dalam kes ini.

Siasatan menyeluruh akan dibuat termasuk mengetahui motif kejadian

Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dengan niat hendak membinasakan rumah.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×