berita

Anim Ezati Doakan Kebahagiaan Safawi Rasid & Syifa Melvin

December 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Hanya sekali lafaz, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sah menjadi suami kepada pempengaruh Syifa Melvin dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: Safawi Rasid & Syifa Melvin Sah Jadi Suami Isteri

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Kecam Melampau, Jodoh Rahsia Allah’ – Ibu Syifa Melvin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ini Isteri Yang Sah, Dah Tak Boleh Nak Kecam’ – Safawi Rasid

Tumpang gembira

Pengacara Anim Ezati meluahkan rasa gembira dengan majlis perkahwinan Safawi dan Syifa.

Selain itu, Anim, 30, turut mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia hingga akhir hayat.

Alhamdulillah.. saya gembira untuk mereka. Saya doakan kebahagiaan hingga akhir hayat. Amin.

Pada Isnin, Safawi dan Syifa berkahwin dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan kenalan dari kedua belah pihak.

Terdahulu, Safawi dan Anim pernah menjalinkan hubungan cinta namun berakhir pada Januari 2019.

Pada 28 Disember 2019, Anim mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadli Sahudin. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yara Alanna Khalsom.

Sumber: Instagram @anim.ezati

SKIP THIS AD ×