Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang wanita tampil mendakwa dirinya dihamilkan pelakon kacak, Aniq Suhair. Ujar wanita tersebut, dia mempunyai beberapa bukti yang mengatakan Aniq sememangnya melakukan perbuatan tersebut ke atas dirinya.
Private Instagram
Berikutan daripada isu yang sedang viral, OhBulan! mendapati pelakon tersebut telah privasikan akaun Instagram miliknya. Tindakan pelakon drama ‘Kebaya Kasut Kanvas’ ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Sehingga artikel ini ditulis, aktor berusia 23 tahun ini memiliki seramai 349,000 pengikut. Bukan itu sahaja, Aniq dipercayai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang panas membabitkan namanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa Aniq berjanji untuk melakukan beberapa perkara demi membersihkan nama baiknya sebagai seorang pelakon.
Namun begitu, wanita tersebut mendakwa Aniq telah pun menipu dan memanipulasi dirinya semata untuk memastikan dirinya menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap pelakon berkenaan.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut mempertikai tindakan Aniq yang dikatakan telah memadam kenyataan yang dibuatnya menerusi akaun Instagramnya (IG).
Dia juga mencabar Aniq untuk menunjukkan bukti surat saman yang mahu difailkan ke atas dirinya atas alasan fitnah.
Sumber: Aniq Suhair