
Bintang vateran, Noor Kumalasari memberitahu bahawa kakaknya yang juga penyanyi terkenal, Anita Sarawak kini menjalani hidup bahagia dan tenang bersama keluarga kecilnya di Amerika Syarikat (AS).
Artikel Berkaitan: Tanda Tanya ‘Kehilangan’ Anita Sarawak Terjawab, Mohon Maaf Tolak Undangan Konsert – ‘Dia Sudah Bersara Ke Arah Kehidupan Yang Berbeza’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Belum Bertudung, Badan Agak Berisi’- 10 Tahun Tak Berhubung, Noor Kumalasari Tergamam Dengar Suara Anita Sarawak
Hidup privasi
Menerusi video podcast Tanah Berdaulat TV, Noor Kumalasari berkata, Anita, 72, sudah membulat tekad meninggalkan dunia seni dan tidak lagi mengejar populariti.
Anita sudah tidak mahukan popular atau hidup glamour, dia sudah tinggalkan dunia seni, tidak mahu lagi masuk industri.
Dia mahu menjalani hidup sebagai seorang isteri biasa dan seperti orang-orang biasa yang lain.
Pada perkongsian sama, Noor Kumalasari turut mengimbau kenangan sewaktu kecil bersama Anita selain menyifatkan pelantun lagu Akhirnya Kini Pasti itu sebagai penyokong terkuatnya ketika mula menceburi bidang seni.
Kami berdua begitu rapat sejak kecil, kami suka melaram (melawa). Saya pinjam alat solek dia, dia pinjam alat solek saya. Kami main kasut tumit tinggi ibu.
Anita yang bermula dulu dalam bidang seni dan kemudian baru saya ceburi, Anita adalah orang yang banyak menyokong saya.
Tipu kalau saya tidak rindukan dia, kali terakhir jumpa berdepan ketika dia menziarahi arwah ibu saya.
Dalam pada itu, Noor Kumalasari mengakui terkejut ketika menerima berita Anita secara tiba-tiba pulang ke Amerika Syarikat pada 2011.
Dia balik ke Amerika pun secara tiba-tiba, saya sendiri terkejut dan tergamam. Dia balik Amerika sangat mendadak. Saya pun dimaklumkan oleh kakak yang seorang lagi.
Sepanjang dia di sana kami jarang berhubung, tapi dia banyak berhubung dengan kakak kami. Sebab dia tahu saya rapat dengan wartawan.
Sumber: TikTok