Usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey memberitahu hubungannya dengan pelakon Zarina Anjoulie sebagai tunang selama ini hanyalah satu kepalsuan dan sekadar gimik yang dirancang wanita itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Setengah Orang Dia Buat-Buat Gila, Tak Nak Pun Kena Tolong Saja Nak Ambil Kesempatan’ – Zarina Anjoulie Serik Bantu Kawan
Rasa serba salah kalau bohong
Memetik laporan Kosmo, Khazrul berkata, dia bersetuju untuk menuruti permintaan Zarina kerana mahu melonjakkan kembali nama wanita tersebut. Di samping itu, dia mengakui masih menyimpan perasaan sayang terhadap pelakon filem ‘Ular’ itu.
Begini ceritanya, tentang pertunangan itu, semuanya hanyalah satu rancangan Anju (panggilan Zarina) untuk melonjakkan semula namanya.
Sebenarnya selepas enam bulan kami putus tunang iaitu sekitar Ogos tahun lalu, Anju kembali memujuk saya untuk membantunya. Jadi saya bersetuju sebab masih sayangkan dia.
Berbicara lebih lanjut, Khazrul meluahkan rasa serba salah kerana berbohong.
Apabila saya pulang daripada mengerjakan haji dan mula mendekatkan diri dengan agama, timbul rasa berdosa dalam diri. Sebab selama ini saya telah menipu ramai orang termasuk keluarga.
Kalau boleh hentikan awal, sebab itu saya berani untuk dedahkan perkara sebenar.
Pada masa yang sama, Khazrul berkata dia terbuka untuk menjadikan Anju sebagai isterinya, namun terdapat halangan apabila hubungan mereka tidak mendapat restu daripada ibu wanita itu sendiri.
Anju ada cakap bahawa dia masih sayangkan saya dan mahu kami kembali bersama. Saya okey dan terbuka untuk menerimanya. Namun yang menjadi penghalang hubungan kami, ibunya tidak boleh menerima saya disebabkan isu pergaduhan kami sebelum ini sehingga putus tunang.
Jadi ibu dia tidak boleh maafkan saya. Hubungan kami tidak mendapat restu orang tua.
Dakwanya lagi, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara sebenar, tanpa pengetahuan pelakon itu.
Saya dedahkan perkara ini diluar pengetahuan Anju. Saya tidak berhubung dengannya. Saya pun tidak tahu sama ada dia marah kepada saya atau tidak.
Lepas saya dedahkan, sudah tentu saya lega sebab sudah terlepas daripada melakukan dosa. Sebab saya bukan sahaja berbohong pada diri sendiri, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat. Sampai bila saya nak berbohong dan berbuat dosa? Lebih baik saya hentikan.
Sumber: Kosmo