Selepas beberapa kali terpaksa menolak tawaran berlakon di Indonesia, pelakon jelita, Anna Jobling bersyukur apabila akhirnya dia berpeluang menjadi salah seorang teruja utama sebuah siri terbaharu di platform Over-The-Top (OTT), MNC TV di sana tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Tunai Janji Buat Rumah Terbuka Untuk Peminat Di Indonesia
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun, Tetapi Tiada Lesen Memandu
Berlakon di Indonesia
Ketika ditemui Oh Bulan!, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, berkata peluang yang dihidangkan depan matanya itu tidak akan disia-siakan kali ini.
Malah, jelas Anna, tawaran tersebut dianggap sebagai satu peluang untuknya melebarkan lagi sayap di negara itu.
Saya shoot di Bali selama enam minggu, coming soon. Ini juga membuka peluang saya untuk mengenalkan diri dengan produksi di sana dan berharap akan ada lebih banyak tawaran berlakon di sana.
Sebelum ini saya terpaksa tolak, saya anggap tiada rezeki ketika itu, jadi ini merupakan waktu yang tepat untuk saya kerja di sana, ini saya anggap sebagai baby step untuk saya melangkah ke industri Indonesia.
Saya sangat gembira untuk menerima dan membintangi naskhah terbitan negara seberang kali ini kerana waktu penggambaran serta watak yang ditawarkan bersesuaian. Ini merupakan pengalaman pertama saya bekerjasama dengan produksi Indonesia.
Salah seorang pelakon kegemaran saya iaitu Pevita Pearce merupakan salah seorang pengarah drama OTT ini. Perasaan pastilah takut dan teruja, terutamanya harus memperbaiki dari segi bahasa dan dialek Indonesia serta menyesuaikan diri dengan cara kerja produksi Indonesia.
Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis Bloomin Night Anna Jobling yang diadakan di Subang, pada Sabtu.
Tak lupa diri
Selain memberi fokus pada lakonan, aktres berusia 23 tahun itu juga akui dalam masa sama dia perlu menjaga nama baik Malaysia.
Menurut Anna, dia akan menjaga nama negara sebaik mungkin dan berjanji untuk tidak lupa akan asal usulnya kelak.
Memang betul saya akan bawa nama Malaysia. Industri di sana agak berbeza, Malaysia lebih sopan saya rasa. Saya akan jaga diri sebaik mungkin di sana sebagai seorang rakyat Malaysia. Saya tidak akan lupa diri.
Saya dah pesan dengan pengurus saya, untuk tengok dulu skrip, watak, pakaian yang diberikan dan buat perbincangan dengan saya terlebih dahulu. Saya juga prinsip saya, tidak mahu di sana nanti ada itu dan ini yang saya kena control.
Glommin Night Anna Jobling dianjurkan seratus peratus oleh kelab peminat Anna itu telah berlangsung dengan meriah.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah peminat yang datang dari jauh termasuk Indonesia, Johor Bahru, Kedah dan Kuala Lumpur.