Pelakon jelita Anna Jobling menunaikan janjinya buat peminat di Jakarta, Indonesia dengan menganjurkan majlis rumah terbuka.
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun, Tetapi Tiada Lesen Memandu
Artikel Berkaitan: Jadikan Insiden ‘Cota’ Kamal Adli Sebagai Peringatan, Anna Jobling Pilih Untuk Lebih Berhati-Hati
Artikel Berkaitan: ‘Tak Penat Ke Tanya Soalan Sama?’ – Anna Jobling Nafi Bercinta Dengan Meerqeen
Rumah terbuka di Jakarta
Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ke Indonesia atas urusan kerja. Selain itu, Anna turut menganjurkan rumah terbuka di Jakarta, Indonesia bagi berlaku adil buat para peminatnya di sana.
Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan. Ianya juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia. Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen.
Sebelum ini, Anna pernah mengadakan rumah terbuka di Kuala Lumpur buat peminatnya di Malaysia.
Tambah Anna, tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak, namun, bersyukur kerana peminatnya sentiasa memahami dan tidak putus menyokongnya.
Salah faham
Dalam pada itu, Anna sempat menjelaskan tentang isu sebelum ini dimana Anna dikecam akibat daripada dirinya yang enggan berkongsi alamat kediaman keluarga di Melaka.
Semuanya salah faham. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya. Saya tidak berkongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah.
Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya.
Untuk perkembangan karier, pelakon utama ‘Melur Untuk Firdaus’ itu ke Jakarta, Indonesia kerana terdapat beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana yang perlu diuruskan.