Gempak Most Wanted Award 2024 (GMWA24) tahun ini menyaksikan sekali lagi pelakon jelita , Anna Jobling telah dinobatkan sebagai pemenang utama selepas berjaya meraih undian lebih 4.8 juta daripada peminat.
Artikel Berkaitan: Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Anna Jobling Dinobat Sebagai Individu Paling Berpengaruh Gempak Most Wanted Award 2023
Artike Berkaitan: Menang Dua Tahun Berturut-Turut, ‘Melur Untuk Firdaus 2’ Dinobat Anugerah Drama Tergempak Gempak Most Wanted Award 2023
Paling Tergempak
Foto: Gebriel Padan
Anugerah yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Ahad itu menjadi saksi kepada kemenangan pelakon berusia 24 tahun tersebut.
Terima kasih kepada mama, keluarga dan peminat. Saya sayang anda semua!
Selain Anna, berikut OhBulan! senaraikan pemenang keseluruhan kategori yang dipertandingkan di GMWA24.
- Digital Creator Lifestyle Tergempak – Amin & Abid Othman
- Digital Creator Foodie Tergempak – Khairul Aming
- Digital Creator Entertainment Tergempak – Ryan Bakery
- Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak – Sofea Shra
- Digital Creator E-Sport Tergempak – Pok Ro
- Digital Creator Motivation & Education Tergempak – Fathi Hussein
- Drama Tergempak – Syurga Itu Bukan Mudah
- Lagu/ Audio Tergempak – Cinta Tak Pernah Tepat Waktu ( Aina Abdul ft Fabio Asher)
- Video Muzik Tergempak – Belum Mulai (Insomniacks & Nabila Taqiyyah)
- Program Digital Tergempak- PodcaSterk Keputusan SPM 7G
- Selebriti Tergempak – Anna Jobling
Kluang Man of The Year
Dalam pada itu, GMWA24 turut berbesar hati menganugerahkan Kluang Man of The Year kepada pempengaruh yang juga aktivis masyarakat, Abbe Hae.
Anugerah khas tersebut diwujudkan sebagai penghargaan kepada individu yang banyak membantu komuniti.
Sekadar info, anugerah Gempak Most Wanted Award tahun lalu menyaksikan Anna Jobling sebagai pemenang manakala pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad pada tahun 2022.