berita

‘Tak Penat Ke Tanya Soalan Sama?’ – Anna Jobling Nafi Bercinta Dengan Meerqeen

March 18th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon darah kacukan Anna Jobling menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen.

Artikel Berkaitan: Anna & Meerqeen, Hubungan Sedang Bermasalah?

Artikel Berkaitan: Dah Macam Suami Isteri, Peminat Suka Tengok Gandingan Anna Jobling & Meerqeen Dalam Drama

Artikel Berkaitan: ‘Melur Untuk Firdaus’ Bikin Anna Jobling Paling Dicari Dalam Google 2022

Hanya kawan

Menerusi laporan Kosmo, Anna memberi respon terhadap dakwaan yang sering kali diterima mengenai hubungan istimewa yang terjalin semasa penggambaran ‘Melur Untuk Firdaus’ bersama hero drama berkenaan.

Namun begitu, pelakon berusia 23 tahun itu menyangkal kenyataan tersebut.

Tak penat ke asyik tanya soalan yang sama?

Saya jelaskan di sini, hubungan kami hanya sekadar rakan sahaja. Kami memang rapat, namun secara profesional atas dasar kerja.

Mungkin disebabkan cerita ini timbul keserasian kami yang terlalu kuat sebagai pasangan dalam drama Melur Untuk Firdaus.

Apabila ditanya jika mereka pernah keluar bersama, Anna memaklumkan bahawa pernah meluangkan masa bersama pelakon berumur 21 tahun itu namun, tidak lebih daripada seorang kawan.

Syukur pada peminat

Walau bagaimanapun, Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman meluahkan rasa syukur terhadap peminat yang sering membering sokongan kepadanya dan Meerqeen.

Tambahnya, perasaan rimas mahupun lelah tidak pernah timbul dengan keprihatinan para peminat. Ini kerana, tidak semua orang dapat merasakan peluang seperti ini.

Kami cukup menghargai peminat yang sentiasa menyokong perjalanan karier kami.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×