Pelakon jelita Anna Jobling akui suka jalan sendiri apabila di Singapura namun, memilih untuk lebih berhati-hati atas insiden yang terjadi baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Melur Untuk Firdaus’ Bikin Anna Jobling Paling Dicari Dalam Google 2022
Artikel Berkaitan: ‘Buat Apa Nak Dengki Dengan Orang?’ – Anna Jobling Jawab Isu Nama Diburukkan Pelakon Wanita Baharu
Pilih untuk berhati-hati
Ketika ditemui OhBulan!, Anna akui bahawa kecelakaan yang menimpa aktor Kamal Adli boleh terjadi dimana-mana sahaja.
Katanya, dia sering kali berjalan berseorangan di Orchard Road, Singapura, kerana sudah terbiasa sendiri.
Saya tak terfikir tapi betul, akan lebih berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri bahawa kalau benda nak berlaku boleh dimana-mana, tanpa kira waktu dan tempat.
Sekarang pun kalau orang nak datang serang, bila-bila masa kita tak pernah dapat tahu atau jangka.
Tapi lepas apa yang jadi pada aktor tersebut (Kamal Adli), saya akan lebih berhati-hati. Saya kena ingat sekarang saya Anna Jobling. Walaupun pakai topi dan pelitup muka, orang masih kenal.
Anna berkata demikian ketika tayangan istimewa Melur Untuk Firdaus 2 di GSC The Starling Mall, Damansara, baru-baru ini.
Produk keluaran sendiri
Dalam pada itu, Anna memberitahu dia bakal berkunjung ke sana lagi untuk menjual produck keluaran sendiri. Kata pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, sepanjang keberadaan di sana dia sentiasa dikawal oleh ‘security’.
Saya ada jual produk keluaran saya sendiri di Singapura dan habis dalam masa hanya tiga hari.
Bulan hadapan, saya akan ke Singapura untuk jual baju raya di sana. Setakat ini, semua tempat yang saya kunjungi, ada sekuriti.