Kencang diperkatakan di laman sosial apabila timbul dakwaan seorang pengguna Twitter dipercayai dari Indonesia yang mendakwa hero dan heroin drama Melur untuk Firdaus ini sedang bergaduh.
Artikel Berkaitan: Dah Macam Suami Isteri, Peminat Suka Tengok Gandingan Anna Jobling & Meerqeen Dalam Drama
Artikel Berkaitan: ‘Melur Untuk Firdaus’ Bikin Anna Jobling Paling Dicari Dalam Google 2022
Punca dari live TikTok
Menurut aktress wanita yang sedang meningkat naik, Anna Jobling, dia berkata spekulasi tentang persengketaan antara dia dan Meerqeen bergaduh adalah berpunca daripada siaran langsung di TikTok baru-baru ini. Di dalam siaran langsung tersebut Meerqeen ada mengusik dan mengganggunya.
Walau bagaimanapun, Anna menafikan dakwaan yang tersebar di Twitter itu dan menegaskan antara mereka tidak pernah berlaku sebarang masalah serta rapat seperti dahulu.
Meerqeen suka bergurau dan sering mengacau saya. Jadi saya berlakon seperti garang. Mungkin dari situ pengguna Twitter yang mengikuti ‘live’ saya salah faham dan menyangka saya tak suka dikaitkan dengan Meerqeen.
Pelakon wanita berwajah pan asia ini juga dikatakan kelihatan seolah-olah dingin dan garang apabila dikaitkan dengan Meerqeen sedangkan aktor lelaki itu cuma mahu berseloroh bersama-sama di dalam siaran langsung TikTok tersebut.
Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Jobling Abdul Rahman menyatakan bahawa apabila berlaku perkara seperti ini dia perlu bersikap tegas walaupun dengan peminat-peminatnya.
Berkenaan ciapan ini, penggunaan konteks ayat sangat kasar, jadi saya perlu membalasnya dengan tegas bukan kurang ajar atau meninggi diri.
Peminat tahu sikap saya. Saya tidak akan membalas komen negatif kecuali jika keterlaluan hingga boleh menjatuhkan reputasi saya.
Sekadar info, Anna dan Meerqeen sedang menjalankan penggambaran drama Melur Untuk Firdaus musim kedua, setelah musim pertama drama ini mendapat sambutan hangat dari penonton.
Sumber: Berita Harian