berita

Anne Abdullah Pakai Hijab Selepas Tunai Umrah

September 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Anne Abdullah tampil berhijab selepas menunaikan ibadah umrah pada bulan Disember yang lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Iman Orang Turun Naik, Nak Istiqamah Bukan Senang’ – Fatin Afeefa

Dah simpan niat nak pakai tudung

Menerusi laporan Berita Harian, Anne meminta peminat terus mendoakannya agar kekal istiqamah memakai hijab. Ujar Anne, dia sudah lama mempunyai niat untuk bertudung, namun terpaksa ditangguhkan demi tuntutan kerja.

Daripada tahun lepas saya simpan niat nak pakai tudung. Cuma, masa itu saya ada projek drama di mana wataknya tak bertudung.

Selepas selesai semuanya dan sekembalinya saya mengerjakan umrah pada Disember lalu, saya terus nekad untuk kekal berhijab. Niat ini juga sempena usia yang menginjak 50 tahun.

Tambah Anne, dia berasa lebih tenang setelah memakai hijab.

Sebelum berhijab, fikiran selalu serabut. Sekarang walau tak dapat ‘job’ saya tetap tenang. Tetapi, biasalah bila kita berhijab, pasti akan ada ujian. Sepanjang tempoh awal bertudung, saya memang tiada tawaran kerja.

Mungkin Allah nak uji apakah saya akan istiqamah atau sebaliknya. Malah, ada juga orang sekeliling minta saya buka tudung. Apapun, saya tak nak cakap lebih-lebih dalam hal ini. Cuma saya harap Allah tidak membolak-balikkan hati saya.

Saya bersyukur keluarga banyak menyokong dan suka dengan penampilan terkini saya.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×