berita

‘Iman Orang Turun Naik, Nak Istiqamah Bukan Senang’ – Fatin Afeefa

August 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak belakangan ini, pelakon Fatin Afeefa dilihat memuat naik foto memakai tudung di media sosialnya. Berikutan daripada itu, netizen mula tertanya-tanya sama ada pelakon ‘Tentang Bulan’ ini sudah sepenuhnya berhijab ataupun tidak.

Artikel Berkaitan: Adam Shahz Mohon Hak Lawatan & Bermalam Bersama Anak, Fatin Afeefa Bantah

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Buat Perjanjian Di Luar Mahkamah’ – Adam Shahz Tak Jumpa Anak 4 Bulan, Nafi ‘Biawak Hidup’

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Level Saya Nak Layan…’ – Adam Shahz Tak Terasa Hati Video Sindiran Suami Fatin Afeefa

Berusaha pakai hijab sepenuhnya

Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, Fatin berkata dia sedang berusaha untuk memakai hijab.

Saya mencuba sebenarnya. Saya tak kata saya pakai hijab sepenuhnya. Tapi saya boleh kata yang saya sedang cuba untuk jadi yang lebih baik. Jadi diri saya sendiri dan penampilan saya. Saya cuba slow-slow. Tak berani nak cakap. Orang cakap iman orang turun naik. Oleh sebab itu, saya tak berani nak cakap yang saya dah sepenuhnya berhijab.

Tambah Fatin, istiqamah bukan suatu perkara yang mudah.

Jadi bila saya dah keluar kenyataan macam saya berhijrah kerana itu ini…orang akan terus anggap kau kena jadi ustazah. Jadi saya tak suka macam itu. Lebih suka saya katakan mahu cuba jadi yang terbaik.

Disoal mengenai reaksi suami, Fatin memberitahu suaminya sangat gembira tatkala melihatnya memakai tudung.

Suami saya sangat gembira dan dialah orang yang paling bahagia sekali. Sebab dia tak pernah paksa saya. Dia tak pernah kata pakailah tudung. Malah, dia sangat beri sokongan masa saya pakai tudung. Dia tanya tak nak beli jubah ke? Dia menggalakkan saya. Pada masa yang sama tidak menyakitkan hati.

Saya pernah depress masa balik dari umrah dan tak mahu jumpa siapa-siapa. Baju saya semua seksi. Dia cakap tak apa jom shopping online. Jadi dia buat saya rasa terharu dengan sokongan itu.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, Fatin memaklumkan dia hanya fokus terhadap perniagaan dan menjadi duta produk.

Sumber: Media Hiburan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×