berita

BFF Mengaku Salah Muat Naik Video Berpelukan Dengan Ruhainies Selepas Balik Umrah – ‘Maafkan Saya’

April 22nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nama pelakon kontroversi, Ruhainies kembali menjadi bualan apabila videonya berpelukan bersama pembantunya yang dikenali sebagai @zaharzbubu menjadi tular di TikTok.

Artikel Berkaitan: Kekasih Gelap Aliff Aziz Dakwa Ruhainies Jadi ‘Mastermind’ Jatuhkan Bella Astillah? – ‘NRF Yang Tolong Untuk Peguam, Driver, Bodyguard’

Spontan berpelukan

Menerusi video tersebut, Zahar atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Aziz melakukan kejutan kepada Ruhainies dan kakaknya, Nur Risteena yang difahamkan baru sahaja tiba di Malaysia selepas mengerjakan umrah di Makkah pada 11 April lalu.

Dapat dilihat Azhar memberikan jambangan bunga buat Ruhainies sebelum memeluk aktres tersebut secara spontan.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen menegur Ruhainies yang berpelukan sambil mengenakan pakaian sunnah.

Rakan mohon maaf

Sementara itu, Azhar tampil mengakui kesilapannya dan membuat permohonan maaf kerana memuat naik video tersebut.

Azhar juga bertindak memadam hantaran tersebut selepas menerima teguran dan kecaman daripada wargamaya.

Sumber: Instagram zaharzbubu

SKIP THIS AD ×