Anta Permana merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi no. 1 negara, Siti Nurhaliza serta merupakan hasil nukilan penyanyi, Hael Husaini dan Ezra Kong. Semenjak lagu tersebut dilancarkan pada 21 September lalu, lagu tersebut terus menjadi kegilaan ramai sehingga terwujudnya #qasidahchallenge.
Artikel berkaitan: Artis Dilanda Demam #Qasidahchallenge Anta Permana. Siapa Paling Power?
Ianya terus menjadi hit apabila seorang pemuda, Lie Chew Loh Abdullah berkongsi video seorang gadis berbangsa india menyanyikan lagu tersebut versi tamil menerusi Twitter miliknya. Dalam bahasa Tamil? Sedap ke?
Anta Permana Tamil Version
#AntaPermana Tamil Version. Not sure who she is but someone forward this in whatsapp group. @haelhusaini @CTNurhaliza11 pic.twitter.com/XzK73sxiJq
— Liew Chew Loh Abdullah (@liewchewloh_a) November 6, 2018
Video yang berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan gadis tersebut menyanyikan lagu Anta Permana versi Tamil dengan lunak sekali.
Respon Netizen
Video penuh
Disini kami sertakan sekali video penuh Anta Permana versi Tamil bagi menjadi penghalwa telinga.
Sumber: Liew Chew Loh Abdullah