Haa, nak kahwin ke tu? Bila cerita pasal kahwin ni, semua pasangan mesti bahagia tak terkata. Maklum la dah sampai masa untuk tamatkan zaman bujang. Confirm senyum sampai ke telinga! Hehe.
Ala, semua orang mesti nakkan majlis kahwin yang berseri. Paling penting, lancar dan sempurna! Betul tak? Kalau korang masih tercari-cari vendor dekorasi untuk majlis kahwin, kami ada cadangan terbaik untuk anda..
Madetill Event Management Melaka, pilihan tepat untuk hias majlis kahwin yang cantik!
Haa, ni dia! Rupanya dah ramai yang guna servis daripada Madetill Event Management Melaka. Servis yang diuruskan oleh Mawaddah Dqaseh ini sangat bagus. Ramai yang kata diorang ni antara pilihan tepat untuk hias majlis kahwin yang cantik. Serious la?
Antara servis yang diberikan oleh Madetill Event Management Melaka ialah menyewakan peralatan katering dan linen (kain untuk sarung kerusi, alas meja, top, ribbon), peralatan khemah dan servis katering.
Diorang juga membekalkan peralatan buffet, peralatan khemah, aksesori dan linen. Senang cerita, bukan saja sewa, diorang pun ada jual peralatan katering dan buffet jugak. Kalau nak cari barang untuk buat event, boleh la mintak tolong diorang okay?
Oh, baru teringat! Madetill Event Management Melaka turut menyediakan tempat majlis kahwin yang awesome. Sangat recommended. Percaya la cakap kami. Confirm korang puas hati.
Okay, dalam mind set korang mesti fikir, “Ala, mesti kawasan Melaka je ni.” Silap besar. Bukan setakat kawasan Melaka, Madetill Event Management Melaka turut cover kawasan Muar, Tangkak, Segamat dan Tampin (sempadan Negeri Sembilan). Hebat tak?
Sebenarnya ada beberapa sebab Madetill Event Management Melaka jadi pilihan terbaik untuk hias majlis kahwin korang.. Meh kami bagitahu kenapa!
Servis paling tip top dengan harga berpatutan
Nak cari vendor dekorasi untuk majlis kahwin dengan servis bagus, bukan senang. Kalau ada pun, mesti mahal. Rabak dompet. Tapi sejak ada Madetill Event Management Melaka, memang best. Diorang bagi servis bagus, harga pun berpatutan. Fuh!
Oh, lagi satu. Tak kisah korang nak tema apa untuk majlis kahwin korang. Diorang sedia membantu ikut tema yang korang suka. Kalau korang suka konsep ala-ala kampung pun boleh. No problem punya!
Barangan katering yang berkualiti
Sesetengah orang lagi suka buat rewang untuk majlis kahwin. Tapi nak cari barang untuk hidangan pun payah jugak ek. Susah nak jumpa kat kedai. Nak beli pun sayang sebab guna sekali je pun.
Apa kata korang sewa barang katering dengan Madetill Event Management Melaka. Haa, sewa? Kan kami dah bagitahu tadi yang mereka turut menyewakan barangan katering. Berkualiti tau. Paling jimat, sewa je la. Tak gitu?
Servis persiapan majlis terbaik dengan peralatan lengkap
Dah la barangan katering berkualiti, servis persiapan majlis mesti terbaik ni. Memang betul pun. Servis persiapan majlis oleh Madetill Event Management Melaka memang tip top sebab peralatan diorang semuanya lengkap. Perfect gila!
Perasan tak? Kalau korang pergi majlis kahwin orang lain, banyak yang pakai kain linen. Nampak cantik! Tapi kain linen yang Madetill Event Management Melaka guna, bukan biasa-biasa okay. Sure korang rambang mata.
Macam-macam pilihan warna menarik untuk kain linen
Wow! Serious ke ni. Banyak gila pilihan warna menarik. Cakap je Madetill Event Management Melaka, korang nak tema warna apa untuk majlis kahwin. Pasangan korang pun mesti rambang mata sekali. Tak terpilih dibuatnya.
Tak kisah la korang nak buat majlis tu indoor atau outdoor sekali pun. Hasil memang puas hati. Sini kami share info pasal Madetill Event Management Melaka. Simpan siap-siap ya. Jangan cakap kami tak payung contact number diorang.
Madetill Event Management Melaka
Showroom: Lot No.9, Mukim Paya Rumput, Bt.8 Paya Rumput, 76450 Melaka
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30am – 6.00pm), Sabtu (8.30am – 1.00pm)
Email: [email protected]
Nombor untuk dihubungi: 013-7733500 (En Rashid), 018-3224387 (En Fikry), 013-7231323 (Pn Asemah)
Oh ya, servis Madetill Event Management Melaka tak terhad untuk majlis kahwin je tau. Boleh jugak untuk majlis lain seperti makan malam, jamuan raya, khatam Quran, dan lain-lain. Event korporat pun boleh. So, takde masalah la kalau korang nak guna untuk event lain.
Kalau nak guna servis Madetill Event Management Melaka, boleh la call mana-mana nombor yang tertera tu ya. Kami pun siap selitkan Facebook diorang, kot kot korang nak usha dulu kan. Hehe.
Bila tengok pasal majlis kahwin ni, rasa tak sabar nak tamatkan zaman bujang. Hihi. Kepada pasangan yang baru nak buat majlis kahwin, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru ya!
Emm, dah bau nasi minyak ni. Tak nak jemput ke?