Kesihatan mata amat penting dan perlu dijaga sebaiknya. Oleh itu, selepas mata korang bekerja untuk masa yang lama seperti memandu kereta, menggunakan komputer atau smartphone, membaca dan sebagainya, dinasihatkan untuk rehatkan mata korang tu. Sebabnya, korang akan rasa tak selesa bila tengok sesuatu nanti.
Korang mesti pelik kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali kan? Mungkin mata korang dah mula kering tu. Kalau nak pastikan betul ke tak, baik korang check simptom-simptom yang kami senaraikan kat bawah ni.
Mata merah, pedih dan tak selesa.
Tengok kat cermin sama ada mata korang merah atau tak? Kalau merah, mesti diikuti dengan rasa pedih dan tak selesa punya. Jangan gosok mata korang tau. Makin teruk jadinya nanti.
Mata lebih sensitif terhadap cahaya.
Sesetengah orang tak boleh tengok cahaya langsung bila mata dah mula kering. Kemungkinan air mata korang tak mencukupi. Jangan memandu kenderaan bila mata korang sensitif terhadap cahaya. Sangat berbahaya.
Mata sentiasa berair.
Tak sedih pun tapi mata sentiasa berair. Pelik kan? Biasanya perkara ni terjadi apabila mula rasa mengantuk. Itu tandanya mata korang dah mula kering. Kena rehat secukupnya okay!
Mata terasa berpasir.
Kalau korang terasa mata korang panas dan berpasir, itu la antara simptom awal mata kering. Sesetengah orang menganggap ada sesuatu dalam mata. Sama la tu. Ia boleh berlaku disebabkan ada kotoran di dalam mata.
Penglihatan menjadi kabur.
Macam mana nak tahu penglihatan dah jadi kabur? Penglihatan korang tak lagi tajam sampai tak dapat tengok dengan jelas. Kalau penglihatan tiba-tiba jadi kabur, memang mata korang dah mula kering la tu.
Rujukan: http://www.myhealth.gov.my
Tarikh: 23 Ogos 2019
Selesaikan masalah mata kering dengan Systane Complete!
Macam mana nak selesaikan masalah mata kering ni? Haa.. Elok sangat kalau korang gunakan Systane Complete, produk penjagaan mata oleh Alcon. Ia membantu melembapkan mata sebelum kekeringan berlaku.
Bagi korang yang bekerja di rumah dan banyak menggunakan skrin, Systane Complete boleh jadi peneman setia korang. Selepas menggunakannya, mata korang yang kering tu akan lega berpanjangan!
Ada free trial untuk korang yang nak try!
Paling best, Alcon nak bagi free trial untuk korang cuba sampel Systane Complete ni. Bukan senang nak dapat, ni la peluang keemasan terbaik untuk korang rebut.
Macam mana nak tebus? Okay kami bagitahu ni. Untuk penebusan sampel, korang perlu kunjungi laman web mereka, main game dulu dan borang sampel akan muncul untuk korang tebus sampel yang akan dihantar kepada korang. Senang kan?
Eh, bukan setakat sampel percuma je. Kalau korang beli dua botol Systane Complete, korang boleh tebus baucar rebat TNG RM5 untuk pembelian seterusnya. Syok betul la.
Walaupun duduk di rumah, kena pastikan keadaan mata dan penglihatan korang sentiasa dalam keadaan baik. Korang yang kerja di rumah tu, kurangkan masa berada di depan skrin tau.
Lagi elok, kalau korang sentiasa pantau keadaan mata korang tu. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat doktor mata, sekurang-kurangnya sekali setahun. Ingat pesan kami ni okay?
Nak info lebih lanjut tentang Systane Complete oleh Alcon? Klik sini je guys.
Rujukan:
- Silverstein S. et al. Symptom Relief Following a Single Dose of Propylene Glycol-Hydroxypropyl Guar Nanoemulsion in Patients with Dry Eye Disease: A Phase IV, Multicenter Trial. Clinical Ophthalmology 2020:14 3167–3177 ©2020 Alcon Inc. 11/20
- Rangarajan R, Ketelson H; Preclinical Evaluation of a New Hydroxypropyl-Guar Phospholipid Nanoemulsion-Based Artificial Tear Formulation in Models of Corneal Epithelium. J Ocul Pharmacol Th. 2019; 35(1): 32-37.
MY-SYC-2100113
MDAMD 0096/2022