Selain Ernie Zakri, penyanyi Anuar Zain turut bersedih apabila lagu nyanyian Syamel berjudul Belakang Tabir terkandas di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39).
Artikel Berkaitan: SFMM39: Sekali Lagi AJL Jadi Saksi Persaingan Aina, Ernie & Marsha, Ini 10 Lagu Bakal Berentap Merebut Gelaran Juara
Artikel Berkaitan: SFMM39: Misha Omar Terikat Komitmen Lain, Penerbit Bakal Usul Cadangan Penyanyi Asal Perlu Nyanyi Sendiri Lagu – ‘Berlaku Tiap Tahun’
‘Saya sedih’
Anuar yang juga bapa saudara kepada Ernie berkata, lagu tersebut merupakan sebuah karya yang cukup hebat dan layak dipertandingankan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Saya sedih lagu anak saya (Syamel), Belakang Tabir tak dapat masuk final AJL.
Menurut saya, lagu tersebut antara lagu balada yang kuat untuk tahun ini.
Anuar berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di sebuah platform, baru-baru ini.
Dalam pada, pelantun lagu Sedetik Lebih ini menganggap tiada rezeki buat Syamel meskipun dia sudah melakukan persembahan yang terbaik.
Syamel sudah buat yang terbaik dan melakukan persembahan dengan bagus, tapi mungkin tiada rezeki.
Terdahulu, Ernie menerusi satu ciapan di X berasa kecewa apabila lagu suaminnya itu tidak berjaya mara ke AJL.
Sumber: TikTok