berita

Anugerah Berprestij Oscars Ditangguhkan Ke 25 April 2021

June 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Acara Oscar atau Anugerah Akademi adalah majlis anugerah yang disifatkan sangat penting dalam kalendar industri perfileman Hollywood sejak hampir 100 tahun lalu. Acara tradisi yang diadakan pada bulan Februari setiap tahun bukan sekadar acara yang menghimpunkan seluruh karyawan filem Amerika Syarikat (AS). Bahkan, memberi pengiktirafan kepada karya serta individu yang bekerja di sebalik tabir industri perfileman.

Menerusi laporan CNN, penganjur acara kemuncak tersebut memberitahu bahawa Oscars akan ditangguhkan pada tahun ini ekoran wabak yang sedang melanda dunia.

Bakal dijadualkan semula

Menurut Presiden Academy David Rubin dan CEO Dawn Hudson, anugerah berprestij itu akan dilanjutkan pada 25 April 2021 bagi memberi masa kepada penggiat seni yang terjejas akibat pandemik yang berlaku. Tambahnya banyak filem terpaksa menunda tarikh tayangan sehingga pawagam dibuka semula. Malah, tarikh akhir bagi filem yang layak untuk dicalonkan juga dilanjutkan kepada dua bulan iaitu sehingga akhir Februari.

Harapan kami dengan melanjutkan tempoh kelayakan dan tarikh acara anugerah akan memberikan fleksibiliti diperlukan oleh pembuat filem untuk menyelesaikan dan melancarkan filem mereka tanpa dikenakan denda atas sesuatu yang di luar kawalan.

Mengulas mengenai tarikh sebenar, David Rubin dan Dawn Hudson memberitahu bahawa anugerah tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2021. Terdahulu, khabar angin mengenai penundaan Oscar sudah tersebar sejak akhir Mei lalu dan pihak Academy memaklumkan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan acara penganugerahan. Pertimbangan itu dibuat kerana terdapat banyak filem terpaksa dibatalkan tayangan selepas penutupan pawagam di Amerika Syarikat demi menangani wabak yang melanda.

Sumber: CNN

 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×