berita

“Anugerah Ini Terlalu Baru & Fragile”- Dato Siti Nurhaliza Keguguran Semasa Hamil 2 Bulan

December 1st, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

dato ct

Sekitar bulan lalu, penuh media massa melaporkan bahawa penyanyi tersohor tanah air berkemungkinan sedang hamil. Namun, pada masa itu, Dato Siti Nurhaliza tidak mengiyakan atau menidakkan berita tersebut.

Terkini, di laman Instagramnnya, Dato Siti Nurhaliza akhirnya membuka mulut bahawa kandungannya keguguran di usia 2 bulan.

Screen Shot 2015-12-01 at 10.44.38 AM

Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec … Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang..

Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..

Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni. Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balik dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant).

Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya…teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah …Wassalam..

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×