berita

Anugerah Perdana Belia Negara 2022 Iktiraf & Hargai Usaha Belia. Jom Calonkan Diri!

August 14th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Untuk pengetahuan semua, pencalonan Anugerah Belia Negara 2022 sedang dibuka bagi 7 kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini.

Oleh itu, korang yang berkelayakan cuba la calonkan diri. Mana tahu korang terpilih. Bangga mak, ayah dan keluarga korang nanti.

Anugerah Perdana Belia Negara raikan sumbangan golongan belia!

Bagi makluman korang semua, Anugerah Perdana Belia Negara mula diperkenalkan pada tahun 1988. Tujuan utama Anugerah Perdana Belia Negara diadakan adalah untuk meraikan dan mengiktiraf usaha yang telah golongan belia lakukan untuk pembangunan masyarakat.

Melalui anugerah inilah penghargaan diberikan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan belia di negara kita.

Bukan itu sahaja, penganjuran anugerah ini juga diharap dapat menggalakkan lagi penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Sambutan Anugerah Perdana Belia Negara 2021 meriah!

Tahun lepas, Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2021 berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan anugerah yang disampaikan pada sambutan Hari Belia Negara 2021 telah menerima pelbagai reaksi positif.

Sebanyak 5 anugerah telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, semasa sambutan berlangsung.

Berikut ialah 5 pemenang anugerah utama daripada 4 kategori yang telah dipertandingkan.
1. Anugerah Khas : Aiman Hafizi bin Abu Bakar
2. Anugerah Emas Remaja Perdana : Mohammad Shafizal bin Mohamad Safee
3. Anugerah Kategori Individu Wanita : Ammielyya Jusnieza binti Ahmad Jafri
4. Anugerah Kategori Individu Lelaki : Mohd Adib Anas bin Md Noor
5. Anugerah Kategori Pertubuhan Belia : Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau

Penerima anugerah bagi setiap kategori telah membawa pulang wang tunai, piala iringan serta sijil penghargaan.

7 anugerah baharu di perkenalkan Anugerah Perdana Belia Negara 2022!

Jika sebelum ini hanya 4 anugerah utama yang dipertandingkan dan satu anugerah khas, kini kita ada 7 lagi anugerah tambahan bagi membuka peluang yang lebih besar kepada golongan belia untuk bersaing secara sihat dalam misi pencarian ikon-ikon belia yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

Pertambahan anugerah ini telah diumumkan semasa Perutusan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, sempena Hari Belia Negara 2022 Yang telah berlangsung pada 15 Mei lalu.

“Kerajaan menerusi KBS akan memperkenalkan kategori anugerah baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara pada tahun ini sebagai inisiatif menyuntik semangat golongan belia untuk terus menyumbangkan bakti kepada pembangunan negara.”

Menariknya, penyampaian Anugerah Belia Negara 2022 akan diadakan secara berasingan dengan sambutan Hari Belia Negara. Sebuah majlis yang penuh gemilang akan diadakan sebagai komitmen kerajaan mengiktiraf pelaksanaan program untuk meraikan belia negara kita.

Berikut ialah anugerah-anugerah yang dipertandingkan.

Kategori anugerah utama: [Pencalonan telah ditutup]

  • Pertubuhan Belia
  • Individu Lelaki
  • Individu Wanita
  • Emas Remaja Perdana
  • Anugerah Khas [Tidak dipertandingkan]

Kategori Anugerah baharu: [Pencalonan dibuka bermula 2 Ogos  hingga 31 Ogos 2022]

  • Ikon Belia Karismatik
  • Ikon Belia Kelestarian Alam
  • Ikon Belia Reka Tekno
  • Ikon Belia Influencer: [Media Sosial]
  • Ikon Belia Sanjungan Budi
  • Ikon Youth-Biz
  • Ikon Belia OKU
**Layari www.anugerahperdanabelia.com untuk menyemak syarat-syarat dan kriteria permohonan bagi setiap kategori
**Tertakluk pada terma & syarat.
**Sesi penilaian bagi kategori Ikon Belia dijadualkan pada September secara atas talian oleh panel penilai.

Apa lagi yang korang tunggu, kalau korang layak, calonkan diri korang sekarang. Layari www.anugerahperdanabelia.com untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×