Seorang usahawan wanita mendakwa telah ditawarkan untuk memenangi anugerah dengan syarat jika dia membayar sejumlah wang.
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah & Roslan Shah Lerai Sengketa 7 Tahun, Turunkan Ego Demi Persahabatan – ‘Harap Kisah Perselisihan Faham Kami Dijadikan Contoh’
Beli awards?
Usahawan yang dikenali sebagai Sarini Zainal mendakwa, hampir saban tahun dia dihubungi untuk ditawarkan anugerah berkenaan, namun tetap dengan pendirian diri untuk tidak menerima.
Walau bagaimanapun, usahawan terbabit tidak mendedahkan secara terperinci pihak mana yang dimaksudkan.
Menjengah ke ruangan balas, netizen saling berteka-teki bertanya siapakah pihak penganjur anuegrah tersebut.
Tidak hanya itu, wargamaya turut mengemukakan pelbagai pandangan mereka mengenai isu terbabit.
Sumber: X