Pelakon Anzalna Nasir berkongsi detik ketika pertama kali berjumpa dengan suami, Hanif Zaki.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Sifatkan Anak Lelaki Romantik, Terharu Beri Duit Suruh ‘Shopping’ – ‘Tak Sabar Nak Tunggu Dia Besar’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Tak Pernah Percaya Pembantu Rumah – ‘Walau Terlepas Job Beratus Ribu Pun, Yang Penting Anak-Anak Bawah Jagaan Saya’
Lelaki setia
Anzalna atau nama lengkap Nur Anzalna Md Nasir, 38, mengakui Hanif memiliki ciri lelaki idaman yang dicari selama ini dan bersifat setia.
Sebelum berjumpa, kami banyak berhubung melalui webcam. Dalam webcam nampak biasa, tetapi bila jumpa secara nyata, masya-Allah.
Saya terus cakap dalam hati, memang dia lelaki idaman yang selama ini saya cari. Sebab nak mencari seorang lelaki yang setia itu susah dan perkara itu ada pada dia.
Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok Jakel.
Sementara itu, Hanif turut mengimbau momen berkenaan dan berkata, dia dapat merasakan Anzalna mempunyai perasaan terhadapnya sewaktu mereka berjumpa.
Kami cadang nak jumpa di Pavilion KL, tapi apabila saya sudah sampai dia pergi tempat lain. Kata dia nak ajak jumpa di tempat lain.
Tapi waktu pertama kali jumpa dia, saya tengok dalam matanya dan dapat rasakan dia suka saya.
Sekadar info, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Sumber: TikTok